Pahang, 23 Januari 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM melakukan Lawatan Penyerahan Bantuan Peralatan Pesakit ke atas dua orang veteran ATM di sekitar kawasan Temerloh dan Bera seperti berikut:

1. Veteran ATM (1092087) Encik Subhan bin Long di Katil 15, Wad 8A, Hospital Temerloh. Veteran menghidapi penyakit Kanser Usus dan menerima peralatan seperti berikut:

a. Katil (akan dihantar ke rumah oleh pembekal).

b. Ripple Mattress.

c. Kerusi roda.

d. Commode Chair.

2. Veteran ATM (195980) Encik Mohd Wazir bin Abdul Hamid di alamat No 21, Depan Sek Keb Kuala Triang, Bera.

Veteran mengalami jangkitan kuman pada lutut kanan dan telah dibedah bagi mengeluarkan nanah. Beliau menerima beberapa peralatan bagi memudahkan pergerakan harian seperti berikut:

a. Kerusi roda.

b. Self Walking Aid Cane.

Lawatan turut disertai oleh wakil PVATM Cawangan Temerloh, Haji Mohd Nazir bin Sulaiman.

 

LampiranSaiz
01.jpg176.69 KB