Kampung Nyior, 22 Jun 2019 - Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri kelantan/Terengganu, Lt Muhamad Faris Bin Pakri telah menyerahkan peralatan pesakit berupa sebuah kerusi roda kepada veteran Encik Zailani bin Idris di Kampung Nyior Tujuh, Terengganu.

Veteran telah patah kaki kanan dan putus jari kelingking kaki kanan akibat daripada kemalangan jalan raya pada awal tahun ini dan masih tidak dapat berjalan.

Semoga dengan adanya bantuan kerusi roda daripada JHEV ATM akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung beliau.

 

LampiranSaiz
01.jpg132.22 KB