Jitra, 5 Mei 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rozali bin Abdul Rahman TUDM telah hadir bagi penyerahan rumah yang telah siap dibina dalam masa 35 hari kepada Encik Abdul Razak bin Kassim( T 1070712) yang mana rumah beliau telah hangus terbakar pada 25 Februari 2019 di alamat Kg Raja, Mukim Jeram, Tunjang, Jitra, Kedah. Projek rumah ini diuruskan oleh pihak Universiti Utara Malysia (UUM) dan dibina oleh pelajar Akademi Bina Malaysia (ABM) serta bahan binaan disumbangkan oleh salah sebuah anak syarikat LTAT. Pihak JHEV ATM juga telah menyalurkan sumbangan bencana alam kepada veteran pada 25 Apr 2019.

LampiranSaiz
04.jpg138.82 KB