Kuala Lumpur, 25 Jun 2019 – YB Mohamad bin Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia telah menyampaikan beberapa skim bantuan kebajikan dan pendidikan kepada lapan (8) orang penerima bantuan kemasukan ke Universiti Awam, satu (1) orang penerima bantuan sara hidup dan enam (6) orang penerima bantuan peralatan pesakit kepada veteran ATM/balu semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Peringkat Kementerian Pertahanan di Dewan Seroja, Kem Kementah. Antara peralatan pesakit yang diberikan adalah seperti kerusi roda, commode chair dan tilam pesakit serta turut hadir Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Dzulkarnain Bin Ahmad dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & Kuala Lumpur serta pegawai daripada kementerian.

LampiranSaiz
01.jpg3.95 MB
02.jpg4.18 MB
03.jpg4.33 MB
04.jpg3.89 MB