Logo JHEV

Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Melaka & Negeri Sembilan, Mej Zulfazlee bin Zamri menyampaikan bantuan pendahuluan bencana alam kepada Veteran ATM, (603038) Hj Abbas bin Mat Napis yang beralamat di Kampung Belangkan, Kuala Sawah, 71200 Rantau, Negeri Sembilan.

Rumah beliau telah terbakar keseluruhannya dan semua peralatan serta dokumen-dokumen penting tidak dapat di selamatkan. Turut hadir bersama YDP PVATM Negeri Sembilan dan ajk setempat.
Semoga veteran sekeluarga tabah menghadapi dugaan yang menimpa.