Pagoh, 18 Ogos 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor Mej Hairi bin Muhamad Radzi telah menghadiri majlis penutupan Kursus Pemasaran, Pembungkusan & Pelabelan anjuran bersama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  FAMA,  PERHEBAT dan PVATM Cawangan  Muar di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani, Pagoh.

Majlis telah disempurnakan  oleh En Sulaiman bin Kaiat,  Setiausaha Sulit  Kanan kepada Menteri Pertanian & Industri Asas  Tani Malaysia.

Seramai 110 orang veteran di sekitar daerah Muar telah hadir kursus tersebut. Semua peserta kursus telah diberikan sijil penyertaan yang telah disampaikan oleh En Sulaiman bin Kaiat.

Di dalam majlis tersebut, Pengarah turut menyampaikan  waren Bantuan Harapan Negara (BHN) kepada veteran-veteran seperti  berikut:

 

1. 1029509 Vet  Che Nan bin Bakar

 

2. 1063238 Vet Amal bin Mohamad

 

3. 132958 Vet Abd Rashid bin Hj Abd Rahman

 

4. 17635 Vet Bajuri bin Hj Tahir

 

5. 32131 Vet Samian bin Pawi

 

6. 207589 Vet Ismail bin Long

 

7. 25869 Vet Ahmad bin Mohd Salleh

 

Semoga dengan BHN yang diperolehi dapat meringankan beban veteran yang terlibat.

 

LampiranSaiz
01.jpg166.84 KB
02.jpg107.24 KB
03.jpg106.64 KB
04.jpg97.49 KB