Logo JHEV

JOHOR 29 Januari - Dalam majlis tersebut, seramai 25 orang Veteran ATM Negeri Johor telah menerima Pingat Jasa Malaysia (PJM) yang telah disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri. Bagi penyampaian sumbangan Kebajikan JHEV pula, Isteri Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Menteri Pertahanan serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah menyampaikan sumbangan kepada ATM dan balu yang layak. 

Turut hadir ke majlis ini ialah Isteri Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Y.A Bhg. Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertahanan, YB Datuk Dr. Hj. Abd. Latif b. Hj. Ahmad, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Hj. Razali b. Hj. Ibrahim dan Ketua Pengarah JHEV, Mej Jen Dato’ Zulkiflee bin Mazlan.

Di ruang legar dewan tersebut telah dipenuhi dengan gerai-gerai usahawan Veteran ATM Negeri Johor serta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta.