Logo JHEV

Kuala Lumpur 13 Ogos - Bertempat di Dewan Pertiwi, Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bersama Ketua Pengarah JHEV Bagi Bulan Oktober 2009 pada 13 Ogos 2009 jam 9.00 pagi.

Dalam ucapan Ketua Pengarah kali ini, beliau mengingatkan Warga JHEV, dalam menyambut Hari Perayaan iaitu Hari Raya dan Deepavali, ada juga tangisan khususnya bagi mangsa taufan Ketsana di Vietnam dan Filipina, mangsa Tsunami di Samoa serta gempa bumi di Padang, Indonesia.