Sungai Petani, 19 Ogos 19 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohd Rodzaly bin Abdul Rahman TUDM telah mengadakan perjumpaan dan mesyuarat bersama-sama 35 persatuan-persatuan veteran ATM Zon Utara di MSSP, Kem Lapangan Terbang, Sungai Petani, Kedah bagi membincangkan perkara berkaitan dengan pelaksanaan kempen tabung pahlawan tahun 2019.

Penerangan telah diberikan kepada persatuan termasuk kaedah,cara kutipan, pembahagian zon kutipan, permohonan tabung pahlawan dan jangkamasa kutipan serta permit kebenaran kutipan. Selain itu perbincangan juga bertumpu kepada program kempen derma darah peringkat zon utara yang juga merupakan salah satu daripada aktiviti sempena kempen tabung pahlawan peringkat pusat yang dirancang pada 15 sep 19.

LampiranSaiz
01.jpg77.46 KB
02.jpg148.07 KB
03.jpg97.15 KB
04.jpg68.18 KB