KUALA LUMPUR 8 Februari 2011 - Bertempat di Dewan Pertiwi, Medan Tuanku, Kuala Lumpur, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah mengadakan Perjumpaan Ketua Pengarah Bersama Warga JHEV Bil. 01/2011. Perjumpaan kali ini dihoskan oleh Bahagian Kewangan dan Akaun.

Dalam ucapan Ketua Pengarah pada kali ini, beliau mengharapkan semua anggota JHEV pada tahun 2011 terus berusaha dan melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam mencapai sasaran kerja yang telah ditetapkan. Memandangkan salah satu KPI Menteri datangnya dari JHEV iaitu Bantuan Sara Hidup, beliau mengharapkan pada tahun 2011 JHEV dapat mencapai KPI tersebut sepertimana JHEV telah buktikan pada tahun 2010.

Selain itu, antara perkara utama yang disampaikan oleh Ketua Pengarah di dalam perhimpunan kali ini ialah:-

  1. 2011 adalah merupakan sambutan ulang tahun ke sepuluh penubuhan JHEV.

  2. MinDef telah mendapat lima bintang dalam penilaian Sistem Star Rating (SSR) MAMPU iaitu mendapat tempat kedua selepas Kementerian Kesihatan. JHEV telah menyumbang sedikit sebanyak kepada kejayaan MinDef sebagai organisasi bertaraf lima bintang.

  3. Akta Veteran ATM akan dibentangkan di Parlimen pada Mac 2011.

  4. Pada tahun 2010, JHEV adalah antara tiga Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang telah disenarai pendek dari Program Pentadbiran Pertahanan bagi Anugerah PTJ Terbaik, tetapi malangnya anugerah ini tidak berpihak kepada JHEV. Ketua Pengarah JHEV memohon agar semua anggota JHEV dapat bekerjasama dalam mematuhi semua peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa agar tahun 2011 Anugerah PTJ Terbaik ini menjadi milik JHEV.

 

Antara agenda lain majlis kali ini ialah:

  1. Pengenalan Pegawai & Staf Baru

  2. Penyampaian Sijil Pekerja Contoh bagi Suku Tahun Kedua (Julai hingga Disember 2010)

  3. Penyampaian Sijil Penghargaan Perkhidmatan selema 25 tahun dengan Kerajaan Malaysia.

  4. Penyampaian Hadiah Pembaca Terbanyak 2010

  5. Penyampaian Sijil Pensijilan Semula Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) MPC

  6. Sambutan Hari Lahir bagi bulan Januari dan Februari 2011.

 

Di bawah ialah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang majlis tersebut.