Perjumpaan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Lt Kol Hj Khalid bin Mohd Sham telah diadakan pada 04 Februari 2015 (Rabu) bertempat di Balai Raya Parit Mengkudu Rengit, Batu Pahat. Perjumpaan ini dihadiri oleh Ketua PV-ATM dan ahli jawatankuasa Cawangan Rengit.

Perjumpaan adalah bertujuan untuk memberi penerangan berhubung kait dengan tugas-tugas JHEV ATM dan juga isu-isu semasa yang disampaikan oleh Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor.