Perlis, 4 Ogos 2018 - Pengarah JHEV ATM Negeri Cawangan Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Mej Mohamed Adnan Fareed bin Mohamed Akbar TUDM turut hadir ke Persidangan Perwakilan Tahunan PVATM Perlis ke 54 di Dewan Kemas Berseri.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perlis, Dato Sri Azlan bin Man dan turut berlangsung Majlis Pengurniaan Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) PVATM yang telah disempurnakan oleh Menteri Besar Perlis.

Pihak JHEV ATM cawangan Negeri Kedah/Perlis/Pulau Pinang turut  mengambil kesempatan ini dengan membuka kaunter bergerak untuk kemudahan urusan bagi veteran-veteran yang hadir.