Johor, 30 Mac 2018 – YB. Dato' Sri Mohd Johari Bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan telah menyempurnakan Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia kepada 147 Veteran ATM termasuk sepuluh (10) orang balu veteran ATM dan enam (6) orang balu veteran ATM yang berada di daerah Muar dan berlangsung di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. Pihak JHEV ATM diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah iaitu Tuan Haji Abd Karim bin Hj Husain dan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Johor, Mej Abdul Aziz bin Kasmuri.

Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg Dato’ Hj. Hassan bin Johari, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bakri, YB Datuk Wira Zamrose bin Mohd Zain, Asistent Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, YBhg Tuan Hj. On Bin Jabar, penaung PVATM Muar, YBhg Mejar Dato’ Hj. Sazali bin Hj. Ismail, Wakil daripada Presiden PVATM, Pegawai-pegawai tinggi Kementerian Pertahanan serta serta ahli-ahli PVATM.