Kabong, 1 Mei 2019 - Pegawai daripada JHEV ATM Cawangan Sarawak telah hadir ke Program Dialog dan melakukan lawatan siasatan terhadap veteran yang mengalami kebakaran rumah. Program telah dianjurkan oleh PVTMS dimana antara intipati program kali ini adalah memberi penerangan berkenaan dengan Fungsi, Peranan dan Bantuan JHEV ATM.

Seterusnya Pegawai JHEV ATM Cawangan Negeri membuat lawatan serta siasatan ke rumah veteran yang musnah terbakar iaitu 1051008 Rjr Sabeli bin Paiee. Kejadian rumah terbakar tersebut telah berlaku pada 2 Mac 2019 yang lalu akibat daripada litar pintas.

Syabas diucapkan kepada Persatuan serta yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diatas sumbangan serta kerjasama bagi melaksanakan program yang telah dirancang.

LampiranSaiz
01.jpg143.91 KB
02.jpg188.32 KB