Mentakab, 28 April 2019 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang, Lt Kol Kamruzaman Bin Mat Sham TUDM telah menghadiri jemputan ke program Promosi ATM khas untuk masyarakat kaum India anjuran Persatuan PERIM Negeri Pahang di bawah tajaan 'Malaysia Indian Transformasi Unit (MITRA)’ dan ATM. Majlis yang telah dirasmikan oleh YBhg Dato' Mohammed Ismail bin Mohd Ibrahim, Ahli Kehormat PERIM Negeri Pahang, juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Olahraga Negeri Pahang. Majlis telah diadakan di Dewan SMK Seni Semantan.