PERLIS 15 Ogos- Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen Malaysia (PVATTBM) dengan kerjasama Agensi Elit POLICTERA Malaysia telah menganjurkan PROGRAM SEMARAKKAN HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2018 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-61. Program telah dirasmikan oleh YBhg Brig Jen Hashim bin Aman Shah-Panglima Bridged Ke-30 Infantri Malaysia dengan melepaskan Konvoi yang terdiri daripada 10 buah motosikal berkuasa besar dan lebih 200 buah kereta di Putra Regensi Hotel, Kangar dan tamat di Terinai Lakeview Resort, Timah Tasoh, Padang Besar. Program dimeriahkan lagi dengan persembahan Tempur Tanpa Senjata (TTS) dari 5 Rejimen Sempadan (RS) dan Deklamasi Sajak daripada Veteran.

Program ini dianjurkan bagi menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan generasi muda demi mengenang jasa veteran/anggota Angkatan Tentera Malaysia yang telah berjuang demi mempertahankan Bumi Malaysia yang tercinta.

LampiranSaiz
1.jpg60.6 KB
2.jpg94.65 KB
3.jpg80.63 KB
4.jpg86.06 KB
8.jpg77.05 KB
10.jpg95.4 KB
11.jpg89.49 KB