Tumpat, 06 Feb 18 - Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kelantan & Terengganu, Mej Muhd Aman Shah bin Alias lawatan siasatan kejadian bencana alam di rumah Veteran ATM, Encik Mamat bin Ali yang berusia 64 tahun di Kampung Pulau Tongkang, Kelantan.

Rumah beliau mengalami kerosakan besar bahagian bumbung dan perabung rumah akibat ribut. Pada masa sekarang beliau hidup sebatang kara dan masih tinggal di rumah tersebut dengan memasang kanopi plastik bagi mengelak hujan.

Turut hadir YDP Persatuan Veteran Tentera Tidak Berpencen Negeri Kelantan dan AJK PVATM Cawangan Tumpat. Pihak JHEV ATM cawangan negeri akan membantu menyalurkan bantuan yang sepatutnya bagi meringankan beban beliau.

LampiranSaiz
2.jpg77.85 KB
3.jpg119.31 KB
5.jpg93.97 KB
6.jpg149.64 KB
9.jpg131.55 KB