31 Ogos - Sambutan Hari Kebangsaan 2018 dengan tema “SAYANGI MALAYSIAKU” telah diadakan di Dataran Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat mencemar duli untuk bersama-sama rakyat meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2018. Turut hadir ialah YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri dan YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, YAB Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Datuk Seri Anwar bin Ibrahim.