SANDAKAN, 15 Ogos 2014- Ketua Pengarah JHEV ATM, Mej Jen Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud telah menghadiri Majlis Kalungan Bunga Sempena ‘Sandakan Memorial Day’ pada 15 Ogos 2014 di Sandakan Memorial Park, Sandakan, Sabah. Majlis ini diadakan oleh Majlis Perbandaran Sandakan bersama Perbadanan Pelancongan Negeri Sabah.