Kota Kinabalu, 23 Jan 18. Majlis Sepetang Bersama Veteran ATM Negeri Sabah telah disempurnakan oleh YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan tentera. Majlis telah dihadiri oleh 104 orang Veteran ATM yang terdiri daripada beberapa persatuan dan Kelab Veteran ATM di seluruh negeri Sabah bertempat di Hotel Pacific, Sutera Habour. Turut serta Panglima Medan Timur, Ketua Pengarah JHEV ATM, pegawai-pegawai kanan tentera dan YDP PVATM.