2 April 2018 - Kuantan, Pahang. Majlis Sepetang Veteran ATM Negeri Pahang Bersama Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Angkatan Tentera). #Perkasa Perwira. Majlis Sepetang Veteran ATM bersama YM TS PAT telah dihadiri oleh lebih kurang 150 orang veteran ATM di sekitar kawasan Kuantan, Pahang. Majlis telah diadakan di Seri Manja Boutique Hotel Kuantan, Pahang.

Sepetang Veteran ATM bersama YM TS PAT ini adalah merupakan program yang dirancangkan dengan konsep "Majlis Ramah Mesra" sebagai mengeratkan lagi silaturahim di kalangan persatuan-persatuan veteran ATM/Ahli-ahli persatuan di sekitar Kuantan, Pahang dan Pegawai-pegawai tertinggi MINDEF serta Staf-staf yang masih berkhidmat di Kementerian Pertahanan.

Turut hadir bersama di dalam majlis tersebut adalah AKS KOMLEK, Ketua Pengarah JHEV ATM, Panglima 4 Bgd dan Komander PU Kuantan serta Pengerusi-pengerusi PVATM/Persatuan di sekitar Kuantan, Pahang.

Yang Mulia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan yang lain telah meninggalkan majlis lebih kurang pada jam 6.50 petang.

#Perkasa Perwira

#Kebajikan