Kuala Terengganu, 21 Januari 2018 - Sepetang Bersama Veteran ATM Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh YM Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Bin Raja Mohamed Noor, Panglima Angkatan tentera , turut dihadiri oleh PTD, PMBTD, Panglima 2 Div, Ketua Pengarah JHEV ATM, Panglima 8 Bgd dan Panglima 10 Bgd Para serta semua YDP persatuan veteran negeri Terengganu dengan kehadiran seramai 280 orang veteran ATM daripada persatuan dan kelab Veteran ATM Negeri Terengganu. Dalam majlis tersebut, PAT turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir seramai 12 orang penerima (veteran) diikuti dengan penyampaian Sumbangan Tabung Rayuan Hari Pahlawan daripada Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kpd PVATM Cawangan Kuala Nerus. Majlis telah dilaksanakan di TH Hotel dan Conversation Centre Kuala Terengganu.