Logo JHEV

Perbincangan ringkas antara Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Pahang bersama Penyelaras Profesyen Pegawai Kerja Sosial Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang, Encik Omran bin Mt Ali serta staf-staf Bahagian Kerja Sosial Perubatan HTAA di Pejabat Bahagian Kerja Sosial Perubatan.

Turut bersama adalah TYDP PVATM Negeri Pahang, Left Kol (B) Mohamad Junaidi. Agenda Perbincangan berkisar mengenai Bantuan Perubatan dan Sara Ubat serta Bantuan Peralatan Pesakit yg dibekalkan oleh JHEV ATM.

Selain itu, Bahagian Kerja Sosial Perubatan disemua hospital di Negeri Pahang diminta agar menyalurkan maklumat berhubung veteran yang sedang mendapatkan rawatan bagi mengatasi sebarang masalah dan memudahkan sebarang bantuan disalurkan.