Dimaklumkan bahawa Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan diskaun 50% tambang perjalanan kepada semua Veteran ATM (berpencen) dan isteri berkuatkuasa 15 Januari 2017 untuk perkhidmatan ETS dan Intercity kecuali Shuttle Tebrau JB Central – Woodlands – JB Central. Tiket diskaun boleh dibeli di semua kaunter tiket KTM Berhad dengan mengemukakan salinan asal Kad Bekas Tentera / Kad Veteran ATM / Buku Pengakuan Perkhidmatan atau kad pengenalan semasa membeli tiket.

Tawaran diskaun ini merupakan inisiatif KTM Berhad untuk membantu mengurangkan kos pengangkutan kepada golongan pesara Angkatan Tentera Malaysia disamping memberi peluang menikmati perjalanan yang selamat dan selesa menggunakan perkhidmatan ETS dan Intercity.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi KTMB di talian 03-22671200 @ emel ke callcenter@ktmb.com.my.