Temuamah bersama Dato Paduka Ghazali, Pengarah BHPETROL dan Mejar Jeneral Dato’ Wira Hj Mohd Noor bin Hj Daud, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) untuk promo rancangan Di Celah Celah Kehidupan 2014 (DCCK BHPETROL – RTM) yang akan disiarkan pada bulan Julai nanti di RTM 1.

Rancangan Di Celah Celah Kehidupan 2014 (DCCK BHPETROL – RTM) adalah pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat BHPETROL sebagai badan korporat dalam menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan dimana Veteran ATM terpilih sebagai sebahagian penerima bantuan.

Pada majlis ini diadakan penyampaian 'one-off' kepada Veteran OKU dan penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) selain beramah mesra dengan Veteran ATM disekitar negeri Johor.