Logo JHEV

KUALA LUMPUR - Pesara tentera, Ssjn Nasir Abbas telah menamatkan Larian Solo Merdeka 2016 daripada Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah ke penamat larian di Dataran Merdeka pada malam sambutan Ambang Merdeka semalam. Ketibaan beliau telah disambut oleh YB Dato' Seri Johari bin Baharum, Timbalan Menteri Pertahanan dan YM Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Panglima Tentera Darat, serta pegawai-pegawai kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan. Sepanjang program larian selama 10 hari ini, beliau yang merupakan bekas anggota Kor Jurutera Elektrik dan Jentera DiRaja (KJLJD) dan kini menjadi imam surau di Kuala Kedah mendapat bantuan dan kerjasama daripada pasukan-pasukan Worksyop KJLJD yang terdapat disepanjang laluan.Tujuan larian diadakan adalah sebagai membuktikan usia bukan halangan ke arah memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat sempena Sambutan Kemerdekaan 31 Ogos 2016