Banting, 5 Feb 18 - Lawatan kebajikan Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & W. P Kuala Lumpur, Kdr Muhammad Rodzi bin Dandan ke atas Veteran ATM,  Bintara Kanan, Encik Mat Azif Bin Dolah Karison di alamat Lorong Belimbing, Kampung Endah, Selangor. Veteran mengalami serangan jantung hingga menyebabkan beliau lumpuh terlantar hingga tidak boleh bangun dan berjalan. Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memberikan khidmat nasihat mengenai bantuan yang boleh disalurkan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh beliau sekeluarga.

LampiranSaiz
1.jpg86.48 KB