Kuala Lumpur, 12 Mac 18 - Lawatan kebajikan terhadap beberapa Veteran ATM oleh Penolong Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Selangor & K.l, Kapten Mohd Shahrizal bin Mohd Khalid seperti berikut;
 

Lawatan Pertama.

1. Encik Zainuddin bin Mat Zain (T401789) di Tingkat 3, Wad 3RT-CD Hospital Kuala Lumpur. Beliau mengidap kanser darah dan keadaan semasa veteran adalah stabil.

Lawatan Kedua.

2. Encik Yaacob bin Mahmud (T7666) yang beralamat di Lot 11B, Jalan 39, Kampung, Cheras Baru. Beliau berumur 83 tahun dan mengidap kanser usus.

Pihak JHEV ATM Cawangan Negeri telah memberi penerangan mengenai skim kebajikan yang boleh dimohon bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.