Dukacita dimaklumkan bahawa salah seorang Veteran ATM yang telah tiba di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan haji telah kembali ke rahmatullah pada 23/8/17 jam 11 pagi waktu Malaysia. Allahyarham Hamzah Bin Hashim meninggal dunia pada jam 5 pagi waktu Arab Saudi di bilik penginapan dalam keadaan tidur dan berpakaian Ihram. Jenazah telah disembahyangkan di Masjidill Haram dan selamat disempurnakankan oleh pihak Tabung Haji dengan kerjasama kerajaan Arab Saudi. Isteri Allahyarham, Siti Zunaidah Bt Ahmad yang bersama arwah ke tanah suci tetap akan meneruskan ibadah Haji sehingga selesai dijangka pada 23/9/17.
Salam takziah dari warga JHEV ATM buat keluarga Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin... AL-FATIHAH.