Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)
Yayasan Veteran ATM telah memperuntukkan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) bagi Veteran ATM yang tidak berpencen, pasangan dan anak yang layak sahaja. Pemohon / waris boleh mengemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM dan JHEV Cawangan Negeri. Tuntutan hendaklah dibuat dalam tahun semasa kematian.
Jumlah bantuan adalah seperti berikut:
- Kematian Veteran ATM RM3,000.
- Kematian Pasangan RM1,500.
- Kematian Anak RM1,500 (bawah 18 tahun / bawah 21 tahun bagi yang masih belajar / anak OKU).
Dokumen yang diperlukan:
- Borang permohonan.
- Salinan sijil kematian / permit perkuburan.
- Salinan kad pesara / buku perkhidmatan / kad bekas tentera / pengesahan perkhidmatan sebagai anggota ATM daripada Jabatanarah Rekod dan Pencen, Kementerian Pertahanan.
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pesara / buku perkhidmatan / kad bekas tentera / pengesahan perkhidmatan sebagai anggota ATM daripada Jabatanarah Rekod dan Pencen, Kementerian Pertahanan.
- Salinan akaun bank pemohon (Akaun ASB tidak diterima).
- Salinan sijil nikah (bukti pertalian si mati-pasangan) atau salinan surat beranak (bukti pertalian si mati – anak).
- Surat Akuan Bersumpah.
- Salinan kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (bagi anak OKU)
(Nota : Semua salinan dokumen hendaklah disahkan. Permohonan yang tidak lengkap akan menyebabkan kelewatan pembayaran).
PENTING
Mulai tahun 2014, wang BMJ dibayar melalui Fund Transfer (FT) atau Inter-bank Giro (IBG). Pemohon boleh membuat semakan berkenaan status permohonan mereka dengan Bahagian Kebajikan Yayasan Veteran ATM ditalian 03-2050 8194 atau JHEV Cawangan Negeri.