Logo JHEV

Latar Belakang Yayasan Veteran ATM

Yayasan Veteran ATM ditubuhkan pada tahun 2004 dan didaftarkan dibawah Akta Syarikat 1965 sebagai Syarikat Berhad dengan jaminan. Yayasan ditadbir oleh Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia.

Objektif

  • Menjalankan program dan aktiviti kutipan dan sumbangan dari pihak swasta dan orang ramai untuk mengisi tabung Yayasan.
  • Menjalankan program dan aktiviti untuk meningkatkan kesedaran orang ramai untuk memberi pengiktirafan sewajarnya kepada pengorbanan yang telah diberikan oleh Veteran ATM.
  • Mengurus permohonan untuk memberi bantuan serta menyalurkan kepada individu Veteran ATM yang memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan.
  • Secara amnya, Yayasan melengkapkan lagi peranan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dalam membantu Veteran ATM.

Matlamat

Yayasan Veteran ATM ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.

Sumbangan dan Pengecualian Cukai

Sumbangan hendaklah dibuat atas nama “YAYASAN VETERAN ATM”. Setiap sumbangan yang diberikan akan memperolehi pengecualian cukai pendapatan di bawah kuasa Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi talian 03-2050 8191 / 8194.