Logo JHEV

Yayasan Veteran ATM melalui anak syarikatnya iaitu Syarikat Perubatan D’Vet Sdn Bhd telah membuka dua buah pusat dialisis bertempat di Seri Kembangan dan Batu Caves. Pusat dialisis ini dibuka khusus untuk Veteran ATM dan tanggungan yang layak dan juga untuk pesakit-pesakit lain yang mendapat tajaan.

Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM menyediakan perkhidmatan yang terbaik bagi menjamin kepuasan dan keselesaan pesakit yang mendapatkan rawatan di sini seperti berikut:

  • Mesin dialisis yang terdapat di pusat dialisis ini adalah antara yang termoden dan terkini.
  • Kakitangan klinikal yang berpengalaman dalam memberikan rawatan dialisis.
  • Pengangkutan percuma bagi pesakit yang tinggal di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Selangor semasa rawatan dijalankan.
  • Makanan dan minuman ringan disediakan untuk pesakit semasa rawatan.
  • Waktu rawatan yang fleksibel iaitu 2 sesi – Pagi dan Petang.

MUAT TURUN FLYER PUSAT DIALISIS YAYASAN VETERAN DI SINI

 

Alamat Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM:

17, Jln Sg Besi Indah 5/2,
Lokasi Pusat Dialisis
Tmn Sg Besi Indah,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8945 3494

No.18G, Jalan SM 4,
Taman Sunway Batu Caves
68100 Batu Caves
Selangor
Tel: 03-6188 1292