Logo JHEV

KERJAYA

  1. Memberi taklimat persediaan persaraan, peranan dan tanggungjawab serta kemudahan yang terdapat di JHEV ATM kepada bakal pesara ATM di seluruh Markas Formasi ATM.
  2. Melaksanakan Profiling kepada Bakal Pesara.
  3. Mengadakan latihan yang jarang ada di pasaran atau peluang baru bagi Veteran seperti kursus Penyelam Profesional, menternak gamat, kursus Kimpalan makanan laut dan sebagainya.
  4. Mendaftar Veteran ATM dan bakal majikan untuk tujuan penjodohan pekerjaan.
  5. Melaksanakan Program Bersama Majikan bersama JHEV Negeri.
  6. Mengadakan perjumpaan bersama Veteran ATM untuk memberi informasi tentang JHEV dan menghebahkan maklumat keperluan Veteran ATM secara lebih dekat melalui sesi dialog serta kaunter bergerak.

SOSIOEKONOMI

  1. Melaksanakan aktiviti dan program ke arah membantu Veteran ATM di dalam keusahawanan.
  2. Mengadakan kursus-kursus keusahawanan, pertanian mahupun perniagaan secara amnya di samping menyertai ekso-ekspo anjuran agensi Kerajaan.
  3. Menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan untuk menaiktaraf sosioekonomi Veteran ATM dan juga balu Veteran ATM.
  4. Menyertai ekspo pertanian sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun selain dari Pertanian Hortikultur Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) yang diadakan setiap dua tahun sekali bertujuan untuk membawa usahawan Veteran ATM mempromosikan hasil keluaran mereka.
  5. Memberi pengiktirafan kepada Veteran ATM yang berjaya mengikup kesanggupan masing-masing.
  6. Mengadakan kursus ePerolehan dan Program Pemantauan Usahawan.

NBOS

  1. Menyelaras pelaksanaan Program Penempatan Kerja untuk Veteran.
  2. Menyelaras Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia.
  3. Menyelaras Program Bantuan Keusahawanan.
  4. Menyelaras Kad “Privellege” 1Malaysia.
  5. Menyelaras Pusat Sehenti 1Malaysia.