Logo JHEV

PENGURUSAN PERAKAUNAN

  1. Mengawal selia akaun Jabatan.
  2. Menyelenggara akaun dan rekod yang lengkap serta kemas kini berhubung dengan perbelanjaan vot, hasil dan amanah Jabatan.
  3. Bertanggungjawab ke atas semua prosedur dan peraturan perakaunan dan kewangan yang berkuat kuasa.
  4. Menguruskan kutipan/pungutan hasil Jabatan.
  5. Mengawal penutupan akaun harian, bulanan dan tahunan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  6. Menyediakan laporan penyesuaian bank, penyesuaian amanah dan penyesuaian hasil Jabatan mengikut tempoh yang ditetapkan.
  7. Memproses pelupusan hutang kerajaan.

PENGURUSAN KEWANGAN DAN PENTADBIRAN

  1. Menyediakan Anggaran Belanja Mengurus Jabatan.
  2. Mengurus pembayaran serta elaun tuntutan tugas rasmi kakitangan Jabatan.
  3. Menguruskan pembayaran bil-bil kontraktor/pembekal Jabatan.
  4. Merancang dan mengawal peruntukan Jabatan, iaitu peruntukan pencen, peruntukan perubatan dan peruntukan belanja mengurus.
  5. Menyediakan dokumen perolehan dan mengendalikan urusan perolehan Jabatan.
  6. Menguruskan pentadbiran Bahagian.

PENGURUSAN BAYARAN

  1. Mengawal aliran tunai Jabatan melalui pengurusan sumber-sumber kewangan jabatan secara ekonomi, mengikut peraturan, teratur dan berkesan.
  2. Mengurus pembayaran faedah persaraan Anggota Tentera Malaysia.
  3. Menguruskan pembayaran bantuan kebajikan kepada veteran ATM.
  4. Menguruskan pembayaran balik perubatan kepada Veteran ATM yang berpencen.
  5. Menguruskan pembayaran balik tuntutan perubatan kepada veteran ATM yang tidak berpencen.
  6. Menjalankan semakan terhadap semua baucar bayaran bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang dikuatkuasakan.