Logo JHEV

UNIT PENTADBIRAN DAN KBT

  1. Memberi perkhidmatan berkaitan khidmat nasihat, rundingan  dan penerimaan borang permohonan berkaitan faedah-faedah persaraan dan perubatan melalui kaunter perkhidmatan.
  2. Mengurus, mentadbir dan menyelenggara fail-fail veteran sama ada berpencen atau tidak berpencen.
  3. Memberi maklum balas dan menyediakan jawapan kepada isu-isu berkaitan faedah persaraan yang dibangkitkan sama ada melalui pertanyaan Parlimen, media massa atau media elektronik.
  4. Mencetak Kad Bekas Tentera (KBT) yang menjadi pengenalan kepada veteran ATM dan sebagai kegunaan bagi mendapatkan kemudahan perubatan yang disediakan oleh Kerajaan secara percuma.
  5. Menyelaras dan mengumpul maklumat berkaitan Veteran ATM.
  6. Menyediakan laporan dan statistik bagi kegunaan Kementerian Pertahanan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan lain-lain pihak yang berkaitan.
  7. Sebagai pegawai perhubungan dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen bagi tujuan penyelarasan data, maklumat serta penerimaan dokumen berkaitan pembayaran faedah persaraan kepada Veteran ATM.

 

UNIT PERUBATAN

  1. Urusetia bersama kepada Jawatankuasa Kebajikan dan Perubatan. 
  2. Menyediakan kertas kerja dan dibentangkan kepada Lembaga Penentu Sebab Kesihatan.
  3. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan faedah-faedah perubatan.
  4. Menyelaras penyediaan maklumat permohonan veteran bagi tujuan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Memproses permohonan pusat dialisis untuk menjadi panel pusat haemodialisis Jabatan.  
  6. Memproses dan membuat bayaran kepada tuntutan pembayaran balik perbelanjaan perubatan oleh veteran.
  7. Memproses dan membuat bayaran kepada tuntutan pembekalan ubat dan peralatan pesakit oleh syarikat.

 

UNIT PELARASAN

  1. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan faedah-faedah persaraan.
  2. Melaksanakan kerja-kerja penyelarasan pencen selaras dengan dasar baru yang diumumkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa.
  3. Menyelaras aktiviti pelaksanaan berkaitan faedah kepada veteran yang diumum Kerajaan dari masa ke semasa.
  4. Mengemaskini maklumat veteran ke dalam VIBES
  5. Menyemak dan memantau pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan berkaitan faedah persaraan.
  6. Memproses dan membuat pembayaran bagi faedah-faedah tambahan kepada veteran.
  7. Melaksanakan potongan pencen bagi tujuan menyelesaikan hutang-hutang Kerajaan yang belum diselesaikan selain dari pinjaman perumahan Kerajaan.

 

UNIT PENCEN TERBITAN

  1. Memberi perkhidmatan berkaitan khidmat nasihat, rundingan dan penerimaan borang permohonan berkaitan faedah-faedah persaraan berikutan kematian veteran.
  2. Memproses dan membuat pembayaran ke atas tuntutan Bantuan Mengurus Jenazah.       
  3. Memproses dan membuat pembayaran ke atas permohonan faedah-faedah persaraan akibat kematian veteran.
  4. Melaksanakan pertukaran skim  pembayaran pencen dari skim B ke skim A.    
  5. Memproses dan membuat pembayaran kepada waris veteran wang yang dipulangkan dari bank.
  6. Melaksana pertukaran akaun pembayaran pencen atas permohonan balu / duda / anak yang menerima pencen.
  7. Memulih dan menghentikan pembayaran pencen kepada waris veteran mengikut kelayakan seperti yang digariskan di dalam peraturan.
  8. Melaksanakan proses-proses pengenal pastian dan pembayaran semula kepada kes-kes pencen yang tidak dituntut.

 

UNIT PENCEN PERKHIDMATAN DAN HILANG UPAYA

  1. Memberi perkhidmatan berkaitan khidmat nasihat, rundingan  dan penerimaan borang permohonan berkaitan faedah-faedah persaraan.
  2. Menerima permohonan dan melengkapkan maklumat berkaitan permohonan rayuan veteran berkaitan ulang kaji peratusan hilang upaya.
  3. Memproses dokumen faedah persaraan veteran dan membuat pembayaran dalam tempoh yang ditetapkan.
  4. Melaksana dan menghentikan potongan pencen veteran bagi  pembayaran balik pinjaman perumahan Kerajaan.
  5. Melaksanakan pertukaran akaun pembayaran pencen atas permohonan veteran.
  6. Melaksana dan menghentikan potongan pencen bagi tujuan potongan nafkah kepada isteri dan anak selaras dengan arahan mahkamah dan juga kes-kes bankrap.
  7. Menghadiri perbicaraan mahkamah sebagai saksi berkaitan kes-kes tuntutan nafkah veteran yang bercerai.
  8. Ahli kepada mesyuarat Lembaga Penentu Sebab Kesihatan bagi kes-kes anggota yang masih berkhidmat.
  9. Melaksanakan proses-proses pengenal pastian dan pembayaran semula kepada kes-kes pencen yang tidak dituntut.