Logo JHEV

Komitmen kepada kualiti oleh Tim Pengurusan JHEV diperjelaskan di dalam Dasar Kualiti berikut:

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM sentiasa komited dalam menghulurkan bantuan kebajikan, meningkatkan pembangunan sosioekonomi Veteran ATM melalui latihan, penjodohan dan penempatan kerjaya serta melaksanakan bayaran pencen menerusi pengurusan yang sistematik dan profesional yang berlandaskan piawaian MS ISO 9001 : 2008.

SENTIASA BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk memperolehi kecemerlangan dalam perkhidmatan yang diberi kepada Veteran ATM melalui aktiviti penambahbaikan secara berterusan.

SENTIASA KOMITED untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang, efisien dan yang boleh memenuhi kepuasan semua Veteran ATM.

 

Untuk mencapai ini, JHEV akan sentiasa mengambil tindakan berikut:

SENTIASA KOMITED di dalam menjaga kesejahteraan Veteran ATM menerusi pengurusan yang sistematik dan profesional berlandaskan MS ISO 9001:2008.

MEMASTIKAN penglibatan semua peringkat warga organisasi untuk mencapai sistem pengurusan yang berkualiti.