Logo JHEV

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atau JHEV telah ditubuhkan pada 11 Oktober, 2000. Ia telah diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pertahanan Malaysia. JHEV telah memulakan operasi secara rasminya pada 1 Januari, 2001 dengan berlokasi di Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Objektif utama jabatan ini adalah untuk membantu para pesara Angkatan Tentera Malaysia dalam meningkatkan taraf sosioekonomi setelah menamatkan perkhidmatan dalam ATM. 

Antara fungsi penubuhan Jabatan Hal Ehwal Veteren ATM ini adalah seperti berikut:

  1. Menggubal dasar bagi melindungi kepentingan di samping mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan kebajikan Veteran ATM
  2. Merancang dan melaksanakan Skim Bantuan Kebajikan dan Pendidikan JHEV seperti berikut :
    • Bantuan Sara Hidup
    • Bantuan Persekolahan
    • Bantuan Peralatan Pesakit
    • Bantuan Kemasukan Ke Institut Pengajian Tinggi
    • Bantuan Bencana Alam.
  3. Memantau pelaksanaan kursus/latihan , Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Peralihan yang dikendalikan oleh PERHEBAT.
  4. Membantu Veteran ATM mendapatkan pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  5. Membantu mendapatkan peluang pekerjaan kedua di sektor awam dan swasta.
  6. Membantu mendapatkan peluang dan kemudahan dalam bidang keusahawanan serta menyelaras khidmat bantuan dari jabatan dan Agensi Kerajaan berkaitan.
  7. Mengurus dan memantau faedah-faedah persaraan dan tuntutan bayaran balik perubatan Veteran ATM.
  8. Memupuk dan mengekalkan kesedaran orang awam terhadap sumbangan dan pengorbanan Veteran ATM