Buku Faedah Persaraan Anggota ATM ini diterbitkan untuk memberi maklumat kepada pegawai dan askar lasykar di dalam Angkatan Tetap ATM mengenai faedah-faedah persaraan yang terdapat di dalam skim perkhidmatan ATM. Maklumat ini diharap dapat membantu anggota memahami serta mengetahui faedah yang boleh dibayar kepada mereka apabila menamatkan perkhidmatan atau bersara, dan faedah hilangupaya jika mempunyai kecederaan yang diperkaitkan dengan tugas semasa di dalam perkhidmatan serta faedah kematian kepada orang tanggungan jika meninggal dunia semasa di dalam perkhidmatan.

Buku ini juga bertujuan untuk memberi keyakinan kepada anggota ATM serta orang tanggungan mereka bahawa segala pengorbanan mereka adalah terpelihara dan tidak sia-sia. Apa jua yang berlaku kepada anggota ATM akan mendapat pampasan yang sewajarnya. Semoga dengan pengetahuan dan penerangan yang diberikan ini akan melahirkan pegawai dan anggota yang komited dan berani di dalam menjalankan tugas sebagai seorang anggota tentera yang berdedikasi dan mantap.

Buku ini diterbitkan hanya sebagai maklumat umum sahaja. Segala pengiraan faedah yang layak hanya akan ditentukan secara muktamad setelah selesai segala urusan dokumentasi tamat perkhidmatan/persaraan di JRP.

Muat Turun Buku Faedah Persaraan Anggota ATM

Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Markas Angkatan Tentera malaysia
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur

Tel : 03 2071 2390

Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem yang boleh diperbaiki atau disiarkan dalam mana-mana bentuk atau mana-mana alat elektronik, mekanikal, fotokopi perakam atau sebaliknya tanpa keizinan dari Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas ATM. Buku ini juga tidak mempunyai kesan perundangan atas kekhilafan maklumat.