Logo JHEV

Kini pengunjung laman web JHEV boleh melayari laman web rasmi JHEV versi mudahalih menerusi telefon bimbit atau Smartphone mengunakan Kod QR JHEV. Penguna hanya perlu muat turun dan instalasi aplikasi OR Reader, imbas Kod QR JHEV dengan mengunakkan kamera smartphone. Secara automatik, anda akan melayari laman web JHEV versi mobile.

Kod QR adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Penggunaan Kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alam mobile.

Penguna yang ingin mencuba QR dengan mengunakkan komputer, sila ikut arahan seperti dibawah;
Aplikasi Dekstop QR Code Reader untuk mengimbas kod QR ini. Cara-cara nak menggunakan Dekstop QR Code :-

  1. Pastikan webcam anda berfungsi dengan sebaiknya dan install Adobe AIR terlebih dahulu.
  2. Muaturun dan install QReader.
  3. Scan-able QR JHEV Code yang tertera diatas.
  4. Pegang kod QR di depan webcam anda, dan pastikan Kod QR boleh dilihat untuk diimbas
  5. Sekiranya kod QR anda telah dikenal pasti, beep sound atau white bracket bertukar ke bracket merah, kod telah dibaca dan diimbas.