PENINGKATAN SOSIEKONOMI VETERAN ATM MELALUI KURSUS

Mengadakan kursus-kursus keusahawanan, pertanian mahupun perniagaan secara amnya di samping menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan untuk menaiktaraf sosioekonomi Veteran ATM dan juga balu Veteran ATM.

  • TUJUAN : Memberi kemahiran dan pendedahan kepada Veteran ATM bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka
  • Setiap negeri akan melaksanakan 1 KURSUS WAJIB pada setiap tahun berpandukan permohonan jenis kursus yang dipohon oleh Veteran
  • Kapasiti kursus adalah seperti berikut:
    1. Jumlah peserta

      • Minimum : 20 Peserta
      • Maksimum : 30 Peserta
    2. Peruntukan setiap kursus adalah mengikut anggaran kos semasa.
    3. Beri KEUTAMAAN tempat pelaksanaan kursus di INSTITUSI LATIHAN KERAJAAN selaras dengan dasar terkini kerajaan bagi tujuan penjimatan

 

KHIDMAT NASIHAT

Pihak JHEV membantu dalam memberi penerangan berkaitan pengurusan dan perancangan persaraan kepada bakal pesara ATM semasa Forum Khidmat Nasihat di Markas Formas/Unit ATM.

 

2 Jenis Taklimat:

  1. TAKLIMAT KURSUS PRA LATIHAN PERALIHAN

    • Dikendalikan oleh PERHEBAT bagi anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dalam masa 1 – 2 tahun
    • Diadakan di 3 lokasi :
      Semenanjung – Kem Sg Buloh , Sabah – Kota Kinabalu dan Sarawak Kuching
  2. PESERTA KURSUS KHIDMAT NASIHAT
    • Dikendalikan oleh Markas Perkhidmatan (Darat, Laut & Udara) bagi anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dalam masa 4 tahun
    • Taklimat dilaksanakan di Markas-Markas Perkhidmatan
  3. KAUNTER BERGERAK & PAMERAN

    Koordinasi Kaunter Bergerak oleh JHEV Pusat dan Negeri disamping turut sama dalam penglibatan dalam pameran anjuran MinDef/Kementerian/Agensi Luar untuk:

    1. Membantu menyelesaikan permasalahan Veteran
    2. Memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh JHEV
    3. Menyampaikan maklumat terkini kepada Veteran