Logo JHEV

PENINGKATAN SOSIEKONOMI VETERAN ATM MELALUI KURSUS

Mengadakan kursus-kursus keusahawanan, pertanian mahupun perniagaan secara amnya di samping menjalankan aktiviti-aktiviti dengan berkesan untuk menaiktaraf sosioekonomi Veteran ATM dan juga balu Veteran ATM.

  • TUJUAN : Memberi kemahiran dan pendedahan kepada Veteran ATM bagi meningkatkan taraf sosioekonomi mereka
  • Setiap negeri akan melaksanakan 1 KURSUS WAJIB pada setiap tahun berpandukan permohonan jenis kursus yang dipohon oleh Veteran
  • Kapasiti kursus adalah seperti berikut:
    1. Jumlah peserta

      • Minimum : 20 Peserta
      • Maksimum : 30 Peserta
    2. Peruntukan setiap kursus adalah mengikut anggaran kos semasa.
    3. Beri KEUTAMAAN tempat pelaksanaan kursus di INSTITUSI LATIHAN KERAJAAN selaras dengan dasar terkini kerajaan bagi tujuan penjimatan

 

KHIDMAT NASIHAT

Pihak JHEV membantu dalam memberi penerangan berkaitan pengurusan dan perancangan persaraan kepada bakal pesara ATM semasa Forum Khidmat Nasihat di Markas Formas/Unit ATM.

 

2 Jenis Taklimat:

  1. TAKLIMAT KURSUS PRA LATIHAN PERALIHAN

    • Dikendalikan oleh PERHEBAT bagi anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dalam masa 1 – 2 tahun
    • Diadakan di 3 lokasi :
      Semenanjung – Kem Sg Buloh , Sabah – Kota Kinabalu dan Sarawak Kuching
  2. PESERTA KURSUS KHIDMAT NASIHAT
    • Dikendalikan oleh Markas Perkhidmatan (Darat, Laut & Udara) bagi anggota yang akan menamatkan perkhidmatan dalam masa 4 tahun
    • Taklimat dilaksanakan di Markas-Markas Perkhidmatan
  3. KAUNTER BERGERAK & PAMERAN

    Koordinasi Kaunter Bergerak oleh JHEV Pusat dan Negeri disamping turut sama dalam penglibatan dalam pameran anjuran MinDef/Kementerian/Agensi Luar untuk:

    1. Membantu menyelesaikan permasalahan Veteran
    2. Memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh JHEV
    3. Menyampaikan maklumat terkini kepada Veteran

     

    NBOS 7 – PROGRAM PENGIKTIRAFAN VETERAN

    1MVRP telah dilancarkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Disember 2012 di Kuala Kangsar, Perak.

    1. 1Malaysia Veterans Recognition Programme (1MVRP) bertujuan memberi bantuan holistik kepada Veteran ATM melalui:

      1. Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHR)
        Membantu Veteran ATM yang berpendapatan rendah atau miskin dengan menyediakan tempat kediaman yang lebih kondusif dan selesa.
        Skop : Membina rumah baru dan Membaikpulih rumah
        Kriteria kelayakan adalah seperti berikut :

        1. Seorang Veteran ATM ataupun Balu Veteran ATM - BUKAN berstatus 49 (l)
        2. Disahkan tidak mempunyai rumah ATAU rumah sedia ada diperakui Usang, Daif atau Tidak Selamat Untuk Diduduki (Rumah Pangsa dan Rumah Teres tidak akan dipertimbangkan)
        3. Memiliki tanah sendiri atau mendapat kebenaran bertulis bagi kes yang menumpang tanah milik orang lain atau tanah kerajaan. Tanah Lesen Menduduki Sementara (Temporary Occupation Licence-TOLL) tidak akan dipertimbangkan.
          Keutamaan diberikan kepada :

          • Warga Emas (lebih 65 tahun) , uzur dan kurang upaya.
          • Ibu/Bapa tunggal yang mempunyai tanggungan.
          • Mangsa bencana seperti kebakaran, ribut dan sebagainya.
          • Tidak berpencen
      2. Penempatan pekerjaan
        Membantu penjodohan dan penempatan pekerjaan untuk Veteran ATM selepas menamatkan perkhidmatan melalui pendaftaran Veteran ATM dan bakal majikan swasta untuk tujuan penjodohan pekerjaan. Untuk permohonan pekerjaan penjawatan awam atau kerajaan, pemohon perlu berurusan terus dengan pihak JPA, SPA atau agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
      3. Bantuan keusahawanan melalui program dana mikro PERHEBAT/TEKUN
        Tujuan : Memberi latihan, pinjaman mikro dan nasihat kepada Veteran yang berminat dalam bidang keusahawan. Pinjaman modal bagi memulakan sesuatu perniagaan secara kecil kecilan mengikut kelayakan.
        Kerjasama di antara JHEV ATM dengan :

        • Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT)
        • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

        Bantuan pinjaman maksimum RM 50,000.00 mengikut kelayakan permohonan.
        Diurus dan diproses sepenuhnya oleh PERHEBAT dengan kerjasama TEKUN

       

      Cara Memohon :

      Borang permohonan boleh didapati dari Pejabat JHEV Cawangan Negeri yang berdekatan atau boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Hal Ehwal ATM (www.jhev.gov.my) atau agensi yang berkaitan di setiap negeri seperti PERHEBAT atau TEKUN.

      Semua permohonan bantuan hendaklah menggunakan borang- borang JHEV ATM yang dilampirkan seperti berikut :
      Borang Permohonan Kursus BG/BKS/02
      Borang Permohonan Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia 1MVHRP 1.1
      (permohonan perlu dimajukan ke JHEV negeri-negeri mengikut lokasi tapak rumah/tanah)

      Borang Permohonan Pekerjaan BG/BKS/01
      (permohonan perlu dilampirkan bersama dengan salinan buku perkhidmatan, kad veteran dan resume)

      Borang TEKUN JPP 06
      (boleh didapati di semua JHEV negeri, PERHEBAT negeri dan cawangan TEKUN negeri)

      Borang permohonan hendaklah diisi sendiri oleh pemohon atau warisnya. Semua keterangan dan butir­ butir yang diberikan hendaklah tepat, betul serta benar dan pemohon bertanggungjawab atas segala laporan yang diberikan. Semua permohonan mesti dimajukan melalui Pejabat JHEV Cawangan Negeri atau agensi yang terlibat di mana pemohon itu menetap. Permohonan akan disiasat untuk mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Pejabat JHEV Cawangan Negeri atau agensi yang terlibat.

      Untuk Program Membaikpulih Rumah Veteran 1Malaysia (1MVHR), permohonan yang berjaya dan layak akan dipertimbangkan untuk kelulusan panel Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Rumah NBOS yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah JHEV