Logo JHEV

Kad Bekas Tentera

  1. .Kad Bekas Tentera (KBT)/Kad Veteran (KV). Kad ini dikeluarkan kepada semua anggota tentera yang telah menamatkan perkhidmatan dalam ATM termasuk juga anggota yang dikerah sepenuh masa bagi Angkatan Sukarela, Pasukan Force 136, Sarawak Ranger dan juga warganegara yang pernah berkhidmat dengan tentera British; kecuali kepada mereka yang diberhentikan atas kes tatatertib dan Mahkamah Tentera. KBT dikeluarkan oleh JRP mulai tahun 2002 dan KV pula dikeluarkan oleh JHEV mulai 1 Apr 2016. Anggota yang layak mendapat kad ini disahkan sebagai Veteran ATM. Selain veteran mendapat kemudahan/keistimewaan dalam program 1MVRP, kad ini juga menunjukkan kelayakan kelas wad mengikut pangkat semasa veteran mendapat rawatan di hospital tentera atau hospital kerajaan. Kelayakan wad adalah seperti berikut:
     

    Bil Pangkat Kelayakan Wad Catatan
    1 Mej ke Jen 1a Bilik Seorang
    2 Lt M ke Kapt SSjn ke PW1 1b Bilik Berdua
    3 Kpl & Sjn 1c Bilik Bertiga
    4 Pbt & LKpl 2 -
  2.  
  3. Sebagai pemegang kad, pesara dan orang tanggungan yang layak boleh mendapat kemudahan rawatan di Hospital/Klinik Kerajaan secara percuma. Permohonan KBT di JHEV boleh dibuat dengan mengemukakan;

     

    • Borang Permohonan KBT
    • Salinan Kad Pengenalan veteran dan isteri yang dikahwini semasa dalam perkhidmatan.
    • Salinan Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 92/ BAT D 86) atau salinan Sijil Berhenti.
    • 1 keping gambar pesara sahaja (catitkan no tentera di belakang gambar.
    • Salinan Sijil Nikah/Sijil Kahwin.

     

  4. Elaun Pelajaran (EP). EP adalah elaun yang dibayar sekali dalam masa setahun kepada anak anggota yang menerima PHU di bawah susunan 2 dan kepada balu/waris yang menerima POT di bawah susunan 6 atau 9. Kadar EP adalah seperti berikut:
     

    Bil Tahap Kelayakan Catatan
    1 Tadika ke 3 Tahun RM200  
    2 Tahun 4 ke Tahun 6 RM350  
    3 Ting 1 ke Ting 3 RM500  
    4 Ting 4 ke Ting 5 RM650  
    5 Ting 6, sijil, matrikulasi, Diploma dan Ijazah RM685  
  5.  

Konsesi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

 

  1. Bekas pegawai dan anggota ATM layak diberi tambang konsesi KTM iaitu Tren Mel Biasa, Tren Mel Ekspres Senandung Malam sebanyak 25% (dengan menunjukkan KBT) dan bagi warga emas yang berumur 60 tahun ke atas pula mereka layak mendapat potongan sebanyak 50% daripada tambang perjalanan.
  2. Bantuan Tabung Amanah Perwira Dan Pertahanan Negara (TAPPN) di bawah kelolaan Markas Angkatan Tentera Malaysia (Markas ATM).

 

Jika pegawai atau anggota tentera meninggal dunia atau tercedera semasa tugas aktif, mereka juga layak mendapat bantuan TAPPN tetapi dengan syarat pencen yang diterima kurang daripada RM 450.00 sebulan.

Bantuan-bantuan yang disediakan adalah seperti berikut;

Bantuan Nafkah :

TAPPN akan menampung perbezaan pencen pesara atau pencen balu (jika pesara meninggal dunia) sehingga RM450.00.

Bantuan ini juga dipanjangkan kepada anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun pada kadar RM30.00 hingga RM60.00 sebulan.

Jika gemulah masih bujang semasa meninggal dunia, bantuan ini akan diberikan kepada ibubapa yang menerima pencen kurang daripada RM225.00. Tabung ini akan hanya menampung perbezaan sehingga RM 225.00 sahaja.

Bantuan Persekolahan :

Anak-anak juga layak diberi bantuan ini pada kadar RM90.00 (tadika) sehingga RM1,500.00 (pengajian tinggi) setahun.

Jika kadar hilangupaya pesara 100 peratus, bantuan ini tidak tertakluk kepada syarat di mana pencen yang diterima mesti kurang daripada RM 450.00.
Bantuan Peralatan Ortopedik :

Pesara juga layak diberi bantuan anggota-anggota palsu, tongkat, kerusi roda serta penyelenggaraan alat-alat ganti peralatan ortopedik tersebut.

Bantuan ini juga diberi semasa masih dalam perkhidmatan dan juga selepas persaraan tidak kira pencen penuh yang diterima melebihi atau kurang daripada RM450.00 sebulan. Untuk bantuan ini pesara boleh menghubungi JHEV untuk mendapatkan keterangan lanjut.

Untuk bantuan TAPPN, pesara boleh menghubungi Markas ATM di alamat dan talian telefon seperti berikut:
Markas Angkatan Tentera Malaysia Jabatan Arah Rekod Dan Pencen Bahagian Perkhidmatan Anggota Jalan Padang Tembak 50634 Kuala Lumpur Tel : 03-20172354