Logo JHEV

 

  1. Pencen dan ganjaran perkhidmatan. Bayaran ini boleh dibayar kepada ‘pegawai dan LLP’ (selepas ini disebut sebagai anggota) Angkatan Tetap yang mempunyai jumlah perkhidmatan diakui melebihi 10 tahun[ Dengan syarat telah mencapai umur persaraan pilihan atau persaraan wajib pada tarikh persaraan tersebut. Rujuk PPAT 1982, peraturan 22(2), 22(5) dan 22(6).] untuk pegawai (Tauliah Tetap) dan 21 tahun untuk LLP; dan juga untuk pemberhentian/persaraan atas alasan kesihatan yang mana telah disahkan oleh doktor perubatan.

    1. Pencen Perkhidmatan (PP). PP adalah pencen yang dibayar setiap bulan kepada anggota apabila tamat perkhidmatan . Bayaran ini terhenti apabila pesara meninggal dunia. Waris gemulah perlu melaporkan ke JHEV untuk proses pindah bayar kepada waris yang layak.
    2. Ganjaran Perkhidmatan (GP). GP adalah ganjaran yang dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan kepada anggota yang menerima PP.

  2. Faedah Perkhidmatan Lain.
    1. Ganjaran Tamat Perkhidmatan (GTP). GTP ini adalah bayaran sekaligus kepada pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) yang telah menamatkan tempoh TJP atau pegawai Tauliah Tetap yang bersara tanpa pencen.
    2. Faedah Gantian Cuti Rehat (FGCR). FGCR ini adalah bayaran kepada anggota yang telah menamatkan perkhidmatan samada berpencen atau tidak; kecuali diberhentikan atas sebab salahlaku atau tatatertib. Bagi anggota yang meninggal dunia akan dibayar kepada waris yang layak. Baki cuti terkumpul yang layak dibayar FGCR ini adalah sehingga maksimum 150 hari iaitu bergantung kepada rekod cuti semasa dalam perkhidmatan.

    3. Elaun Tamat Perkhidmatan Mobilisasi (ETPM). ETPM ini adalah bayaran sekaligus kepada anggota Angkatan Sukarela yang telah menamatkan kerahan sepenuh masa dalam Perkhidmatan.

     

  3. Faedah Hilang Upaya. Faedah ini adalah bayaran kepada anggota yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan, yang mana kecederaan adalah disebabkan tugas perkhidmatan atau diperkaitkan dengan tugas. Pengesahan ini adalah melalui Lembaga Penentuan Sebab (LPS) di Bahagian Perkhidmatan Kesihatan (BPK). Sebarang permohonan baru atau semakan semula kelayakan oleh anggota tentera adalah melalui Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP), manakala bagi veteran permohonan semakan hendaklah melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Taksiran darjah hilang upaya juga boleh di buat semakan semula jika keadaan kecederaan pesara semakin mudharat.
    1. Pencen Hilang Upaya (PHU). PHU ini adalah bayaran kepada anggota bagi taksiran darjah hilang upaya 20% dan ke atas. PHU dibayar setelah anggota menamatkan perkhidmatan. Pencen ini dikira mengikut gaji pangkat hakiki semasa kecederaan dan terhenti bila pesara meninggal dunia. Waris perlu memaklumkan kepada JHEV jika pesara telah meninggal dunia.
    2. Ganjaran Hilang Upaya (GHU). GHU ini adalah bayaran sekaligus kepada anggota setelah menamatkan perkhidmatan bagi taksiran darjah hilang upaya yang kurang daripada 20%.
  4. SKIM EX-GRATIA BENCANA KERJA: Merupakan faedah tambahan terhadap faedah hilang upaya dan faedah kematian yang sedia ada.
    1. Ex-Gratia Bulanan (EXB). EXB ini adalah bayaran kepada anggota bagi taksiran darjah Hilang Upaya Kekal (HUK) 21% dan ke atas dan mengalami kecederaan kekal mulai 1 Jan 2001. EXB dibayar mulai tarikh kecederaan yang dialami oleh anggota dan dikira mengikut gaji pangkat hakiki semasa kecederaan. EXB akan terhenti bila pesara meninggal dunia. Waris perlu memaklumkan kepada JHEV jika pesara telah meninggal dunia.
    2. Ex-Gratia Pukal (EXP). EXP ini adalah bayaran kepada anggota sekaligus bagi taksiran darjah hilang upaya kekal. Jika taksiran HUK 20% dan ke bawah maka penerima hanya diberikan EXP sahaja manakala bagi taksiran HUK 21% dan keatas, penerima layak diberi EXP dan EXB.
    3. Elaun Layanan Sentiasa (ELS). Khusus kepada anggota yang taksiran hilang upayanya berdarjah 100% dan memerlukan jagaan atau bantuan pihak lain dalam sebilangan masa. Bayaran ELS dibawah skim Ex-Gratia Bencana Kerja adalah sehingga maksima RM 500.00 bergantung kepada formula pengiraannya manakala ELS di bawah PPAT 1982 menetapkan kadarnya adalah sebanyak RM440.00 sebulan. Bagaimana pun hanya satu sahaja ELS yang akan diberikan mengikut yang mana tertinggi. ELS ini akan terhenti bila pesara meninggal dunia. Waris perlu memaklumkan kepada JHEV jika pesara telah meninggal dunia.

    GANJARAN PERKHIDMATAN

    Ganjaran Perkhidmatan akan dibayar sekaligus semasa menamatkan perkhidmatan. Pencen perkhidmatan pula akan dibayar terus-menerus kepada pesara sehingga beliau meninggal dunia.

    Pencen dan ganjaran perkhidmatan boleh dibayar kepada pegawai dan anggota LLP yang mempunyai jumlah perkhidmatan diakui melebihi 20 tahun (pegawai) dan 21 tahun (LLP) kecuali pemberhentian/ persaraan atas alasan kesihatan.

    GANJARAN TAMAT PERKHIDMATAN

    Ganjaran ini dibayar kepada pegawai Tauliah Jangka Pendek (TJP) yang telah menamatkan tempoh TJP atau pegawai Tauliah Tetap yang bersara setelah berkhidmat kurang daripada 20 tahun.