Logo JHEV

Perceraian

  1. Jika pesara bercerai, apa-apa faedah persaraan selepas kematian gemulah akan hanya dibayar kepada anak-anak yang berumur di bawah 21 tahun termasuk anak yang cacat.
  2. Pencen akan dibayar melalui penjaga anak yang sah dan wang pencen akan ditadbir oleh Amanah Raya.
  3. Penjaga anak perlu mendapatkan surat pengesahan penjagaan anak dari Pesuruhjaya Sumpah, Mahkamah atau Pejabat Kadi yang berdekatan bagi melayakkan beliau menerima pencen terbitan bagi pihak anak.

Pesara Bankrap/Dipenjarakan

  1. Jika pesara ATM didapati bankrap atau dipenjarakan, pencen akan diberhentikan serta-merta.
  2. Walau bagaimanapun, pesara atau orang tanggungan boleh dibayar Elaun Tanggungan Nafkah (ETN) setara dengan pencen perkhidmatan dan ganjaran perkhidmatan yang beliau patut terima setelah dipotong hutang-piutang. Bayaran ETN ini perlu mendapatkan kelulusan MAT.
  3. Bagi memproses Kertas MAT untuk pembayaran ETN, dokumen-dokumen berikut diperlukan :
    • Butir-butir peribadi pesara.
    • Salinan perintah penerimaan dan penghukuman.
    • Salinan surat arahan potongan pencen/ganjaran dari Pegawai Pemegang Harta ATAU persetujuan si bankrap untuk potongan.
    • Salinan “Proof Of Debt General Form” (Jumlah hutang).

**Setelah mendapat pelepasan dari kebankrapan/penjaran, Pencen Perkhidmatan akan dibayar semula.

Perlantikan Wakil Diri Yang Sah

  1. Pesara atau penerima pencen yang uzur atau tidak berupaya menguruskan wang pencen boleh melantik wakil diri dari kalangan ahli keluarga mereka yang dipercayai.
  2. Wakil diri ini akan diberi kelulusan untuk membuatn tunutan wang pencen bagi pihak pesara/ penerima pencen setiap bulan.
  3. Syarat-syarat permohonan wakil diri yang sah adalah seperti berikut:

    • Pesara/ Penerima pencen di bawah Skim B sahaja.
    • Pesara/ Penerima Pencen di bawah umur 70 tahun perlu mengemukakan Surat Pengesahan Keuzuran daripada Doktor.
    • Wakil Diri mestilah seorang Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas. Sila lampirkan salinan kad pengenalan wakil diri semasa memohon.
    • Hanya akaun perseorangan sahaja dibenarkan (akaun pesara/penerima pencen).
    • Sila lampirkan salinan buku akaun bank sekiranya bertukar akaun.

nota: * Kelulusan Wakil Diri adalah sah untuk 12 bulan sahaja.Sekiranya bertukar alamat sila maklumkan ke Bahagian Pencen, JHEV dengan segera.