Logo JHEV

Rawatan Perubatan Pesakit Luar/Dalam di Hospital dan Klinik Kerajaan

Rawatan Jantung di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd (IJNSB)

  1. Veteran ATM yang datang untuk mendapatkan rawatan di IJNSB mestilah telah diperiksa dan dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician/Pakar Kardiologi) hospital kerajaan atau swasta.
  2. Veteran ATM yang datang terus ke IJNSB tanpa dirujuk oleh doktor pakar hospital kerajaan atau swasta tidak akan diberi kemudahan percuma walaupun mereka mengemukakan Kad Bekas Tentera. IJNSB boleh mengenakan caj rawatan kepada mereka sepertimana yang dikenakan kepada pesakit persendirian.
  3. Mereka hendaklah menanggung sendiri segala kos berkaitan selaras dengan Perintah Am 4 Bab F (Perubatan).
  4. Dalam keadaan kecemasan IJNSB akan menerima dan memberi perkhidmatan perubatan serta rawatan kepada pesakit/bekas tentera yang datang tanpa rujukan oleh hospital kerajaan.
  5. Pesakit/waris dikehendaki menyerahkan surat pengesahan daripada JHEV kepada IJNSB dalam tempoh 24 jam.
  6. Bagi Veteran/pesakit yang dirujuk oleh pengamal perubatan swasta terus ke IJNSB dalam “keadaan kecemasan”, mereka hendaklah membayar segala caj yang dikenakan oleh IJNSB.
  7. Walau bagaimanapun mereka boleh memohon kepada JHEV (bagi Veteran yang layak) untuk pertimbangan bayaran balik.
  8. Bayaran Cagaran Wad. Veteran ATM/pesakit yang dimasukkan ke wad perlu mengemukakan sendiri wang cagaran seperti berikut;

 

Bil Ward Bed Type Deposit
1. First Class 1 Bed RM100.00
2. Second Class 2 Bed RM80.00
3. Second Class 2 Bed RM60.00
4. Second Class 5 Bed RM30.00
5. Third Class   FOC

 

Rawatan Kepakaran di hospital swasta dalam negeri

  1. Pesakit mendaftar di hospital kerajaan dan disahkan oleh Pakar Perubatan hospital kerajaan bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang tidak boleh diperoleh di hospital kerajaan
  2. etua Pengarah Kesihatan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital Kerajaan
  3. Pesakit diluluskan mendapatkan rawatan di hospital swasta dalam negeri oleh JHEV sebelum memulakan rawatan

 

Permohonan Bayaran Balik Bagi Perbelanjaan Rawatan, Ubat atau Alatan Pesakit

  1. Rawatan Kecemasan - Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri boleh dipertimbangkan dengan syarat;

    • Tempat kejadian kecemasan berhampiran dengan hospital swasta berbanding dengan hospital kerajaan.
    • Rawatan berkenaan adalah kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan berkenaan disahkan oleh Pegawai Perubatan hospital swasta itu.
    • Perbelanjaan yang dipertimbangkan meliputi perbelanjaan rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital Kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.
    • Permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan laporan klinikal terperinici mengenai tindakan harian yang diambil ke atas pesakit daripada pakar perubatan hospital / klinik swasta yang merawat pesakit. Laporan perlu BERTAIP.
  2. Ubat - Perbelanjaan bagi pembelian ubat boleh dipertimbangkan sekiranya;

    • Ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Perubatan Kerajaan, terdapat dalam senarai ubat-ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/ hospital universiti berkenaan tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan.
    • Perbelanjaan bagi pembelian ubat yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut dapat dipertimbangkan sekiranya tiada altenatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan, KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan hospital Universiti).
    • Keperluan penggunaan ubat bagi suatu tempoh yang berpanjangan dibenarkan tetapi tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk keperluan tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan.
    • Tidak termasuk makanan tambahan [food supplements] dan ubat alternatif [alternative medicinel].
    • Veteran ATM perlu mengemukakan Resit rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya bagi tujuan bayaran balik.
  3. Pembekalan Alat Ortopedik / Anggota Palsu - Perbelanjaan bagi pembelian alat ortopedik dan anggota palsu (artifical limbs) serta alat yang perlu dipasang (implant) dalam tubuh pesakit untuk menyelamatkan nyawanya (seperti pacemaker), Alat Bantu Pendengaran, Alat Rawatan Jantung, Alat Bantu Pernafasan, Koklea Implan, Colostomy Bag, Urine Bag dan Intraocular Lens boleh dipertimbangkan sekiranya;

    • Diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan.
    • Perbelanjaan bagi membaik pulih atau menggantikan anggota palsu (tetapi bukan kerana kecuaian atau semata-mata untuk kecantikan) boleh juga dipertimbangkan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan.
    • Veteran ATM perlu mengemukakan resit rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya bagi tujuan bayaran balik.
    • Penggantian bateri alat bantu pendengaran tidak di tanggung oleh kerajaan.
    • Alat pakai buang tidak ditanggung oleh kerajaan.
    • Perkhidmatan Perubatan
    • Perbelanjaan bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital Kerajaan.
  4. Rawatan Penyakit Buah Pinggang - Perbelanjaaan bagi mendapatkan rawatan berkaitan dengan penyakit kegagalan buah pinggang (End Stage Renal Failure), seperti haemodialysis dan ubat, suntikan eprex/recormin serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya;

    • Pakar Nefrologi hospital Kerajaan memperakukan keperluannya dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan.
    • Perbelanjaan untuk haemodialysis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksima RM200 setiap rawatan dialisis (terhad kepada 3 kali rawatan seminggu). Ubat atau ujian yang diperoleh dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperoleh daripada hospital kerajaan.
    • Perbelanjaan Arterio-Venous Fistula (AVF)/Internal Jugular Catheters (IJC).
    • Permohonan perbelanjaan pembedahan AVF/IJC di hospital swasta boleh dipertimbangkan sekiranya Pakar Nefrologi Kerajaan merujuk pesakit menjalani pembedahan AVF tertakluk kepada syarat berikut;
    • Kelewatan menunggu giliran pembedahan AVF/IJC yang keterlaluan di hospital kerajaan.
    • Pembedahan AVF/IJC pertama gagal.
    • Tiada Pakar Vascular di hospital kerajaan.
    • Pemberian Erythropoietin/ Recormon kepada pesakit boleh ditanggung oleh Kerajaan (terhad kepada 2 kali seminggu) sekiranya pesakit memerlukan Eprex/recormon melebihi had yang ditetapkan.
    • Perlu mendapat surat justifikasi dari Pakar Nefrologi