Logo JHEV

Warganegara Malaysia yang telah bertugas sepenuh masa di dalam mana-mana perkhidmatan berikut;

Bekas Anggota ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun) Pasukan Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa (berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun)

Bekas Anggota Bukan ATM

Pasukan Force 136 Tentera British yang berkhidmat di Malaya /Singapura dan; Sarawak Rangers

Tanggungan

Bekas Anggota ATM

  1. Diri sendiri
  2. Isteri/Suami Isteri/suami yang dikahwini secara sah dan berdaftar semasa dalam perkhidmatan dan namanya tercatit di dalam Buku Pengakuan Perkhidmatan dan Kad Bekas Tentera.
  3. Isteri/suami yang dikahwini selepas persaraan hanya layak menerima kemudahan perubatan selagi Veteran ATM masih hidup atau sekiranya Veteran ATM tersebut telah meninggal dunia, tempoh kelayakan dikira 12 ½ tahun daripada tarikh persaraan Veteran ATM tersebut.
  4. Anak-anak yang dikira tanggungan ialah anak Veteran ATM sendiri dan termasuklah anak angkat, anak tiri dan juga anak tidak sah taraf yang dipelihara sepenuhnya oleh Veteran ATM yang tertakluk had umur berikut;
  5. Berumur di bawah 18 tahun
  6. Di bawah 21 tahun jika masih belajar.
  7. Tiada had umur bagi anak yang cacat / dhaif / terencat akal (anak istimewa).Sekiranya anak yang dilahirkan normal tetapi telah mengalami kecacatan/kerencatan kemudiannya (yang disebabkan oleh demam, kemalangan dan sebagainya) pada usia melebihi 18 tahun, Veteran ATM perlu mendapatkan dokumen sokongan iaitu Pendaftaran atau pengesahan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pengesahan doktor kerajaan bahawa kecacatan/kerencatan adalah kekal.

Bekas Anggota Bukan ATM

  1. Diri sendiri
  2. Isteri/Suami