:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 

PENCEN

PENCEN TERBITAN

Pencen yang dipindah bayar kepada balu/duda/anak/penjaga apabila anggota tentera/pesara meninggal dunia.

Gemulah : Merujuk kepada pesara yang meninggal dunia.

Kelayakan pindah bayar kepada Orang Tanggungan iaitu :

  1. Balu mesti bermastautin di Malaysia

  2. Perkahwinan yang dilangsungkan dalam perkhidmatan

  3. Anak hasil perkahwinan yang dilangsungkan dalam perkhidmatan

  4. Anak angkat yang diambil semasa anggota masih dalam perkhidmatan

Dokumen yang diperlukan bagi memohon Pencen Terbitan ialah :

Apabila berlaku kematian kepada pesara atau penerima pencen, orang tanggungan (samada balu/duda atau anak dibawah umur 21 tahun) mesti memaklumkan ke Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM dengan mengemukakan dokumen-dokumen dibawah untuk tindakan selanjutnya dengan seberapa segera :

  1. Kad Pesara Asal

  2. 2 Salinan Kad Pengenalan Balu/Duda

  3. 2 Salinan Sijil Kematian Pesara/Penerima Pencen

  4. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran anak-anak gemulah yang di bawah umur 21 tahun

  5. 2 Salinan Sijil Nikah atau Surat Cerai (jika telah bercerai) di antara balu dengan gemulah (Jika berlaku kehilangan atau tiada sijil nikah, dapatkan surat akuan sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah – salinan asal diperlukan).

  6. Salinan Asal surat Pengesahan Penjagaan anak dari Pesuruhjaya Sumpah/Mahkamah Syariah (jika telah bercerai).

  7. 2 Salinan mukasurat depan buku akaun bank yang menunjukkan nama dan butir-butir akaun (Sila gunakan akaun perseorangan).

  8. Borang Maklumat Orang tanggungan kepada Pesara Tentera Meninggal Dunia (gemulah)(BQ-BP-04).

  9. Borang Penyertaan Sistem Pembayaran Pencen Melalui Bank (BQ-BP-03) dan dapatkan pengesahan dan tandatangan serta cop jawatan Pegawai Bank yang  berkaitan.

* Nota :Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan.

 

ELAUN PELAJARAN

Elaun yang dibayar setahun sekali kepada anak-anak pesara yang menerima Pencen Hilang Upaya dibawah susunan 2 atau penerima pencen Orang Tanggungan dibawah susunan 6 dan 9 kepada PPAT 1982.

Pencen Hilang Upaya - Pencen yang dibayar kepada pesara, yang mana kecederaan yang dialaminya adalah di perkaitkan dengan tugas. Pencen ini akan diberhentikan sekiranya pesara meninggal dunia. 

Dokumen yang diperlukan bagi memohon Elaun Pelajaran ialah :

  1. Borang  Permohonan  Elaun Pelajaran

  2.  2 Salinan Buku Akaun Bank

  3.  2 Salinan Kad Pengenalan Penjaga

  4.  2 Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak-anak

* Nota :Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan.

  1. Anak telah mencapai umur 6 tahun

  2. Keadaan keluarga yang memerlukan bantuan kewangan

  3. Maksima bayaran RM685.00 setahun untuk seorang anak tidak melebihi 6 orang anak

Kadar bayaran seperti berikut :

Tadika (6 tahun) – Darjah 3               RM 200.00 setahun

Darjah 3 – Darjah 6                          RM 350.00 setahun

Tingkatan 1 – Tingkatan 3                 RM 500.00 setahun

Tingkatan 4 – Tingkatan 5                 RM 650.00 setahun

Tingkatan 6 dan ke atas                   RM 685.00 setahun

Permohonan hendaklah dimajukan terus ke

Jabatanarah Rekod dan Pencen, Bahagian Perkhidmatan Anggota, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak. 50634 Kuala Lumpur.

No. Tel : 03-20712453

No. faks : 03-26926093 

 

PEMULIHAN PENCEN TERBITAN BALU/DUDA KAHWIN SEMULA (BDKS)

Pembayaran semula pencen terbitan yang terhenti kerana berkahwin semula. Berdasarkan perubahan dasar kerajaan terhadap peraturan 48(a) kepada PPAT 1982, yang mana pencen Balu/duda yang berkahwin semula (BDKS), boleh di pulihkan walaupun berkahwin semula berkuatkuasa mulai 1 Januari 2002.

Oleh itu, balu/duda pesara ATM yang belum membuat permohonan diminta berhubung/memaklumkan Unit Faedah Kematian Bahagian Pencen (BDKS), Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Dokumen yang diperlukan bagi memohon Pencen Terbitan BDKS ialah :

  1. Borang Permohonan BDKS (BQ-BP-09)

  2. Borang Penyertaan Bank (BQ-BP-03)

  3. 2 Salinan Buku Akaun Bank

  4. 2 Salinan Kad Pengenalan Balu/Duda

  5. 2 Salinan Sijil Nikah (Suami/Isteri Baru) / Sijil Cerai

  6. 2 Salinan Kad Pengenalan/Sijil Kelahiran anak-anak dibawah umur 21 tahun

  7. Surat Akuan Bersumpah Balu/Duda yang sah

* Nota :Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan.

 

TATACARA PERMOHONAN PERTUKARAN AKAUN BANK

Pesara/Penerima Pencen bulanan boleh memohon untuk menukar akaun bank mereka dengan sebab-sebab berikut :

            a.         Bencana alam

            b.         Kecurian

            c.         Kebakaran

Permohonan boleh dilakukan dengan memaklumkan ke Bahagian Pencen JHEV melalui surat dan menyertakan perkara seperti berikut :

            a.         Salinan buku akaun bank yang tertera nombor akaun bank

            b.         Salinan Kad Pengenalan

            c.         Isi dengan lengkap Borang BQ-BP-03

            d.         Nyatakan Nombor dan Nama akaun bank yang lama

* Nota 1:Semua salinan fotostat dokumen perlu disahkan.

* Nota 2:Pesara/Penerima Pencen diingatkan supaya memaklumkan pertukaran akaun bank tersebut terlebih dahulu sebelum menutup atau menukar akaun bank yang sedang digunakan bagi mengelakkan bayaran pencen dikreditkan ke dalam akaun yang tidak aktif.

 

PENERIMA PENCEN ATM DIMINTA KEMASKINI ALAMAT TEMPAT TINGGAL TERKINI

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) sedang mengemaskini data penerima pencen ATM. Oleh yang demikian, semua penerima pencen ATM (termasuk balu, ibubapa dan penerima pencen bulanan) dikehendaki memajukan alamat terkini ke jabatan ini dengan mengisi borang seperti tertera (Borang boleh diperolehi di pejabat JHEV negeri berhampiran tempat tinggal).

Adalah menjadi tanggungjawab setiap penerima pencen untuk memaklumkan alamat tempat tinggalnya yang terkini jika berlaku perubahan, bagi membolehkan jabatan ini menyampaikan sebarang maklumat seperti penghantaran Buletin JHEV dan penyata pencen.

Veteran adalah diminta menghebahkan kepada semua penerima pencen ATM termasuk balu/duda yang telah terhenti pencen kerana berkahwin semula.

Borang yang telah diisi hendaklah di hantar ke alamat berikut:

BAHAGIAN PENCEN

JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM

TINGKAT 8, MENARA TH PERDANA

1001, JALAN SULTAN ISMAIL

50250 KUALA LUMPUR

Sila klik di sini untuk muat turun borang

 

 

27/11/2008 - PERAK
PROGRAM MAJLIS DIALOG JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM KENERING DAN KAUNTER BERGERAK

12/11/2008 - KEDAH
KHIDMAT PELANGGAN UNTUK VETERAN PULAU PINANG & KEDAH SELATAN AKAN DIADAKAN PADA 12 NOV DAN 26 NOV 2008 DI KOMPLEKS PERNAMA/PERHEBAT BUTTERWORTH

09/11/2008 - JOHOR
KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR DI SIMPANG RENGGAM,KLUANG

26/09/2008 - SABAH
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

27/02/2008 - SARAWAK
KAUNTER BERGERAK JHEV ATM

 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.