:: Laman Web Rasmi Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) ::
 
Pengenalan 4
Maklumat Korporat 4
Bantuan Kebajikan 4
Kerjaya 4
Pencen 4
Pemb. Usahawan 4
Berita Semasa 4
Soalan Lazim 4
Jaringan 4
Muat Turun Borang
SISTEM SMS
EMAIL PEGAWAI
Berita Terkini
Arkib Berita

 


TUNTUTAN PERUBATAN

KELAYAKAN DAN KEMUDAHAN PERUBATAN BAGI VETERAN ATM YANG BERPENCEN/TIDAK BERPENCEN SERTA KELUARGA MEREKA

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Perubatan, Bahagian Pencen, Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah mengambil alih urusan kemudahan perubatan bagi pesara dan keluarga mulai 1 Ogos 2004 dari Unit Perubatan, Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mulai 1 Januari 2005 pula,  Veteran ATM yang tidak berpencen dan keluarga mereka juga boleh menikmati kemudahan perubatan yang serupa.

Kelayakan untuk Veteran berpencen/tidak berpencen bagi maksud ini tediri dari 2 kategori:-                                       

i) Bekas Anggota ATM

  1. Anggota Tetap ATM (Tempoh Perkhidmatan Minimum 3 tahun)

  2. Anggota Simpanan ATM yang dikerah sepenuh masa  (Tempoh Perkhidmatan Minimum 1 tahun)

ii) Bekas Anggota Bukan ATM (Tiada Tempoh Perkhidmatan Minimum )

  1. Force 136

  2. Tentera British (British Army)

  3. Sarawak Rangers

Tanggungan

Tangggungan yang layak untuk mendapat kemudahan perubatan adalah:-

i) Bekas Anggota ATM:

  1. Untuk Diri Sendiri

  2. Isteri/Suami

  3. Anak-Anak:

  • anak yang berumur di bawah 18 tahun

  • di bawah 21 tahun jika masih belajar

  • tiada had umur bagi anak yang daif (istimewa)

ii) Bekas Anggota Bukan ATM 

  1. Untuk Diri Sendiri dan

  2. Isteri/Suami

*  Kelayakan perubatan ini tidak dipanjangkan kepada ibu-bapa Veteran ATM.

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN PERUBATAN

Tidak Layak :   Bekas anggota tentera yang diberhentikan atas sebab-sebab tatatertib (contohnya: AWOL, penyalahgunaan dadah )

Tuntutan-tuntutan bayaran balik/pembiayaan yang dibenarkan adalah seperti berikut:-

  1. Pembelian ubat-ubatan yang disahkan oleh Pakar/Pegawai Perubatan Hospital/Klinik Kerajaan bahawa ubat-ubatan berkenaan tidak dibekal oleh Hospital/Klinik berkenaan dan pesakit perlu membelinya di Farmasi luar.

2.   Pembiayaan  alat-alat  ortopedik /anggota  palsu/ Implant. 

3.   Perkhidmatan Perubatan (contoh bayaran balik CT Scan, MRI yang mana telah disahkan perkhidmatan tersebut tidak dapat disediakan oleh Hospital Kerajaan)

4.   Rawatan haemodialisis (penyakit buah pinggang)

5    Rawatan kemandulan

6.   Rawatan Kecemasan (Hospital Swasta)

7    Rawatan Luar Negara

8.   Tuntutan perjalanan/sajian dan penginapan bagi  kes-kes yang berkelayakan  sahaja


JENIS-JENIS KEMUDAHAN DAN CARA PERMOHONAN

1.       RAWATAN PERUBATAN DAN PERGIGIAN DI HOSPITAL / KLINIK KERAJAAN

1.1  Kemudahan asas ialah rawatan perubatan atau pergigian, (termasuk pembekalan ubat, alat otopedik dan anggota palsu tetapi tidak termasuk gigi palsu) yang percuma yang ada di hospital atau klinik kerajaan, termasuk Hospital Angkatan Tentera Malaysia dan Institusi Perubatan bukan swasta yang dikendalikan oleh Universiti Awam di bawah Kementerian Pendidikan.

1.2  Sungguhpun rawatan diberi percuma, orang yang layak dimasukkan ke dalam hospital sebagai pesakit (warded patient) perlu menanggung sendiri pembayaran caj wad mengikut kadar yang ditetapkan oleh hospital berkenaan.

1.3  Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan hendaklah ditunjuk sebagai pengenalan diri Veteran ATM, atau isteri/suaminya  setiap kali memerlukan kemudahan perubatan. Bagi orang yang layak namanya tidak dicetak di atas  Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan, bukti  pengenalan diri ialah Surat Pengesahan yang dikeluarkan oleh JHEV atau Sijil Kelahiran anak.

2.       RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA SDN BHD

2.1  Kemudahan rawatan penyakit jantung disediakan percuma di Institut Jantung Negara Sdn Bhd (IJNSB) dengan syarat pesakit terlebih dahulu mendaftar di hospital kerajaan serta diperiksa dan seterusnya di rujuk terlebih dahulu oleh Pakar Perubatan hospital itu untuk mendapatkan rawatan di IJNSB. Perbelanjaan bagi rawatan IJNSB yang diperoleh tanpa memenuhi syarat ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh pesakit, melainkan rawatan itu diperlukan dalam keadaan kecemasan di mana permohonan bayaran balik perbelanjaan yang dikenakan boleh dipohon untuk pertimbangan JHEV.

3.    RAWATAN KEPAKARAN DI HOSPITAL SWASTA DALAM NEGERI

3.1    Kemudahan rawatan di hospital swasta dalam negeri yang ditanggung perbelanjaannya oleh Kerajaan boleh dipertimbangkan sekiranya :

3.1.1 Pesakit mendaftar di hospital Kerajaan dan disahkan oleh Pakar Perubatan Hospital Kerajaan  bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang tidak boleh diperolehi di hospital Kerajaan.

3.1.2 Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital Kerajaan.

3.1.3  Pesakit diluluskan mendapatkan rawatan di hospital swasta dalan negeri oleh JHEV sebelum memulakan rawatan.

3.2  Tatacara permohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JHEV perkara-perkara berikut :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV AM) (BQ-BP-15)

  3. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (RPS) (BQ-BP-17)

  4. Surat Pengesahan Pakar Perubatan Hospital Kerajaan

  5. Surat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

  6. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit

4.       RAWATAN DI LUAR NEGERA

4.1  Kemudahan rawatan di luar negera yang di tanggung perbelanjaannya oleh Kerajaan boleh dipertimbangkan sekiranya :

4.1.1 Pesakit mendaftar di hospital kerajaan dan disahkan oleh Lembaga Perubatan bahawa beliau memerlukan rawatan khas yang tidak boleh diperolehi di Malaysia.

4.1.2  Ketua Pengarah Kesihatan mengesahkan rawatan sedemikian tidak ada di hospital kerajaan.

4.1.3 Pesakit diluluskan mendapatkan rawatan di luar negera oleh Jemaah Pegawai bagi Rawatan Luar Negeri.

4.2  Perbelanjaan yang ditanggung oleh Kerajaan ialah:

4.2.1  Kos rawatan di hospital

4.2.2  Perbelanjaan sara hidup (makan dan sewa hotel/lojing) tidak melebihi 5 hari setelah sampai di Negara berkenaan dan tidak melebihi 5 hari sebelum kembali ke Malaysia untuk pesakit dan seorang pengiring, jika diperakukan oleh Lembaga Perubatan.

4.2.3  Tambang kapalterbang kelas ekonomi pergi dan balik bagi pesakit dan seorang pengiring, jika diperakukan.

4.3  Tatacara Peromohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JHEV perkara-perkara berikut.

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV AM) (BQ-BP-15)

  3. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (RLN) (BQ-BP-19)

  4. Laporan Lembaga Perubatan

  5. Surat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

  6. Salinan Kad Pesara & Kad Pengenalan

PERMOHONAN BAYARAN BALIK BAGI PERBELANJAAN RAWATAN, UBAT ATAU ALAT YANG DITANGGUNG OLEH VETERAN ATM

Perbelanjaan Veteran ATM  bagi beberapa jenis rawatan serta pembelian ubat atau alat ortopedik / anggota palsu boleh dituntut balik daripada kerajaan sepertimana terdapat di dalam Perintah Am bab F (1974) dan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2001,Dasar Kemudahan Perubatan sekiranya memenuhi syarat-syarat dan menepati tatacara permohonan seperti berikut :

5.      RAWATAN KECEMASAN

5.1  Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital swasta dalam negeri yang berhampiran dengan tempat kejadian kecemasan boleh dipertimbangkan dengan syarat rawatan berkenaan adalah bagi kes yang benar-benar memerlukan rawatan serta merta untuk menyelamatkan nyawa pesakit dan status kecemasan sehingga pesakit boleh dipindahkan ke hospital kerajaan, tetapi pesakit dikehendaki menanggung bayaran wad mengikut kadar kelayakannya di hospital kerajaan.

5.1.1  Tatacara permohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JHEV untuk pertimbangan oleh JK  Pertimbangan Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan JHEV perkara-perkara berikut :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV AM) (BQ-BP-15)

  3. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (RKS) 1/3, 2/3,3/3 (BQ-BP-18)

  4. Laporan Klinikal Pengamal Perubatan Swasta

  5. Resit rasmi (salinan asal) yang jelas butir tuntutan dan amaunnya

  6. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

 

6.       RAWATAN KEMANDULAN

6.1  Perbelanjaan rawatan kemandulan di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Kerluarga Negara (LPPKN) boleh dipertimbangkan untuk mengatasi primary intertility sahaja, iaitu bagi mereka yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran mengandung, tetapi tidak meliputi perbelanjaan proses mengandung secara bukan semulajadi seperti In Vitro Fertilization dan perbelanjaan rawatan sampingan seperti Hysterosasphingogram yang terdapat di hospital Kerajaan.

6.2  Tatacara Permohonan – Veteran ATM  perlu mengemukakan ke Bahagian Pencen, JHEV :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT (INDUK) (BQ-BP-14)

  2.  Borang Permohonan SARAUBAT (AM) (BQ-BP-15)

  3. Surat Pengesahan Pakar LPPKN

  4. Resit Rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

7.       PEMBELIAN  UBAT-UBATAN

7.1   Perbelanjaan bagi pembelian ubat (tidak termasuk makanan food supplements dan ubat alternatif (alternative medicine) boleh dipertimbangkan sekiranya ubat itu diperakukan (prescribe) oleh Pegawai Kerajaan terdapat dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) / hospital universiti berkenaan, tetapi disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan. Perbelanjaan bagi pembelian ubat  yang tiada dalam senarai ubat-ubat tersebut boleh dipertimbangkan sekiranya tiada alternatif bagi ubat berkenaan dan diluluskan oleh Bahagian Perkembangan Perubatan KKM (bagi rawatan di hospital KKM) atau Pengarah Hospital Universiti (bagi rawatan di hospital universiti)

7.2  Tatacara Permohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JHEV perkara-perkara berikut :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT (AM) (BQ-BP-15)

  3. Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan di atas Borang SARAUBAT JHEV (PPK) (BQ-BO-16)

  4. Resit Rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

8.        ALAT ORTOPEDIK / ANGGOTA PALSU

8.1  Perbelanjaan bagi pembelian alat otopedik dan anggota palsu (artificial limbs) serta alat yang perlu dipasang (implant) dalam tubuh pesakit untuk menyelamatkan nyawanya seperti (pacemaker) boleh dipertimbangkan sekirannya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan oleh hospital Kerajaan. Perbelanjaan bagi membaik pulih atau menggantikan anggota palsu (tetapi bukan semata-mata untuk kecantikan) boleh juga dipertimbangkan sekiranya tidak dapat dibekalkan oleh hospital kerajaan.

8.1.1  Tatacara permohonan Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JHEV perkara-perkara berikut :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (AM) (BQ-BP-15)

  3. Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan di atas Borang SARAUBAT JHEV (PPK)(BQ-BP-16)

  4. Resit Rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

9.       PERKHIDMATAN PERUBATAN

9.1  Perbelanjaan bagi mendapatkan perkhidmatan perubatan seperti CT Scan dan Magnetic Resonance Imaging (MRI) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya  oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan.

9.2  Tatacara Permohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JK Pertimbangan Bayaran Balik Perbelanjaan Perubatan JHEV perkara-perkara berikut :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (AM) (BQ-BP-15)

  3. Pengesahan Pegawai Perubatan Kerajaan di atas Borang SARAUBAT JHEV (PPK)(BQ-BP-16)

  4. Resit Rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

10.      RAWATAN PENYAKIT BUAH PINGGANG  (HAEMODIALISIS)

10.1  Perbelanjaan bagi mendapatan rawatan berkaitan dengan penyakit buah pinggang (End Stage Renal Failure) seperti Haemodialysis dan ubat serta alat pakai buang (disposables) bagi Continuous Ambulatory Peritoneal Dialysis (CAPD) boleh dipertimbangkan sekiranya diperakukan keperluannya oleh Pakar Nefrologi hospital kerajaan dan disahkan tidak dapat disediakan oleh hospital kerajaan. Perbelanjaan untuk haemodialysis adalah berasaskan kos rawatan sebenar, terhad kepada maksimum RM 200 setiap rawatan.

Ubat atau ujian yang diperolehi dari pusat rawatan swasta tidak boleh dipertimbangkan sekiranya ia boleh diperolehi daripada hospital kerajaan.

10.2  Tatacara permohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan kepada JHEV perkara-perkara berikut :

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (AM) (BQ-BP-15)

  3. Pengesahan Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan

  4. Resit Rasmi yang jelas butir tuntutan dan amaunnya

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

11.     PERMOHONAN SURAT PENGESAHAN TANGGUNGAN KERAJAAN UNTUK PEMBAYARAN TERUS KEPADA PEMBEKAL ALAT OTOPEDIK ATAU PUSAT HAEMODIALYSIS SWASTA / PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN

11.1  Kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan surat pengesahan tanggungan Kerajaan (Letter of Guarantee) untuk membolehkan pembayaran terus kepada :

11.1.1  Pembekal alat ortopedik/anggota palsu

11.1.2  Pusat Rawatan haemodialysis swasta/pertubuhan bukan Kerajaan

11.2  Tatacara permohonan – Veteran ATM perlu mengemukakan :

Bagi Alat Ortopedik

  1. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (AM) (BQ-BP-15)

  3. Pengesahan Pegawai Perubatan kerajaan di atas Borang SARAUBAT JHEV (PPK) (BQ-BP-16)

  4. Sebutharga dari pembekal alat ortopedik

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

  6. Laporan perubatan Pakar Ortopedik Hospital Kerajaan

Bagi rawatan di Pusat haemodialysis swasta/pertubuhan bukan Kerajaan

  1. Borang permohonan  tanggungan Kerajaan bagi rawatan haemodialysis

  2. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (INDUK) (BQ-BP-14)

  3. Borang Permohonan SARAUBAT JHEV (AM) (BQ-BP-15)

  4. Pengesahan Pakar Nefrologi Hospital Kerajaan

  5. Salinan Kad Pesara/Kad Bekas Tentera/Buku Rekod Perkhidmatan dan Kad Pengenalan Veteran dan Pesakit (Jika berkaitan)

Sekiranya permohonan diluluskan, Bahagian Pencen JHEV akan mengemukakan surat kelulusan terus kepada pembekal alat otopedik atau Pusat haemodialysis dengan dihantar sesalinan kepada Veteran ATM. Seterusnya, Veteran ATM hendaklah menghubungi Hospital Kerajaan (untuk pemasangan alat otopedik) atau Pusat haemodialysis (untuk memulakan rawatan).

Kemukakan permohonan kepada :

Bahagian Pencen (Unit Perubatan)

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

Tingkat 8, Menara TH Perdana

1001, Jalan Sultan Ismail

50250 Kuala Lumpur

Tel : 03-20508117/03-20508122

Faks : 03-26944639

Sila klik di sini untuk muat turun borang

 

 

27/11/2008 - PERAK
PROGRAM MAJLIS DIALOG JHEV ATM BERSAMA VETERAN ATM KENERING DAN KAUNTER BERGERAK

12/11/2008 - KEDAH
KHIDMAT PELANGGAN UNTUK VETERAN PULAU PINANG & KEDAH SELATAN AKAN DIADAKAN PADA 12 NOV DAN 26 NOV 2008 DI KOMPLEKS PERNAMA/PERHEBAT BUTTERWORTH

09/11/2008 - JOHOR
KAUNTER BERGERAK DAN MAJLIS DIALOG JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM JOHOR DI SIMPANG RENGGAM,KLUANG

26/09/2008 - SABAH
SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

27/02/2008 - SARAWAK
KAUNTER BERGERAK JHEV ATM

 

PENAFIAN:
JHEV dan Kementerian Pertahanan adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman web ini.