Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Pasangan

Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM bagi mengurus jenazah pasangan Veteran ATM tidak berpencen.


Adakah anda layak?

  • Veteran tidak berpencen yang kematian pasangan (dikahwini semasa dalam perkhidmatan sahaja).
  • Anak kepada jenazah balu/duda Veteran tidak berpencen (dikahwini semasa dalam perkhidmatan sahaja).
  • Kes kematian sebelum Tarikh Kuatkuasa 10 Oktober 2010 tidak tertakluk kepada faedah ini.
  • Tuntutan perlu dikemukakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh kematian. Sebarang tuntutan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut tidak akan diproses.

Tentang Bantuan

Bantuan kewangan di bawah Yayasan Veteran ATM bagi mengurus jenazah pasangan Veteran ATM tidak berpencen.

Kadar bantuan

Kadar bayaran adalah sebanyak RM1,500. Bayaran sekali sahaja, dibayar kepada waris terdekat yang menguruskan jenazah Veteran ATM terbabit seperti berikut:

Situasi Bayar kepada
Pasangan Veteran ATM Veteran ATM – sila kemukakan akuan bersumpah.
Balu/ Duda Veteran ATM tetapi mempunyai anak Anak yang berumur melebihi 18 tahun. (Jika lebih dari seorang perlu persetujuan semua anak melalui akuan bersumpah untuk melantik seorang dari mereka sebagai penerima bayaran).
Anak bawah 18 tahun perlu dibayar melalui penjaga.

Cara Pembayaran

Cara pembayaran BMJ adalah seperti berikut:

  • Bayaran akan diproses oleh Yayasan Veteran ATM.
  • Bayaran akan dibuat menggunakan cek secara serahan tangan ataupun dikreditkan ke akaun bank mengikut permintaan pemohon.
  • Permohonan akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap di pejabat Yayasan Veteran ATM.

Bagaimana untuk memohon?

  • Muat turun dan lengkapkan borang berikut:
    Borang Permohonan Bantuan Menguruskan Jenazah (Veteran Tidak Berpencen) - BMJ 01-Pin.2018
  • Lampirkan dokumen berikut:
    • Salinan Sijil Mati / Permit Penguburan.
    • Salinan Kad Bekas Tentera (KBT)/ Buku Pengakuan Perkhidmatan (BAT D 86 / 92) - setiap muka surat.
    • Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
    • Salinan Sijil Nikah (sebagai bukti pertalian dengan si mati – pasangan) atau salinan surat beranak (sebagai bukti pertalian dengan di mati – anak).
    • Salinan Akaun Bank Pemohon – sekiranya pembayaran bantuan disalurkan terus ke akaun pemohon.
    • Surat Akuan Bersumpah seperti kembaran A pada borang.

    Nota: Salinan dokumen hendaklah disahkan.

  • Kemukakan tuntutan di Pejabat Yayasan Veteran ATM atau di JHEV Cawangan Negeri.

Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan BMJ adalah di bawah pentadbiran Yayasan Veteran ATM. Anda boleh berhubung terus dengan Yayasan Veteran ATM di alamat yang berikut:

Alamat:
Yayasan Veteran ATM
Tingkat 20, Menara TH Perdana,
Kementerian Pertahanan
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.
No telefon:
03-2050 8191 / 8194

Soalan Lazim

[maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[maklumat sedang dikemaskini]