Elaun Pelajaran Anak

Elaun Pelajaran Anak boleh dibayar kepada pesara yang menerima Pencen Hilang Upaya pada kadar tetap Susunan 2 PPAT 82.


Adakah anda layak?

Anggota berikut layak menerima Elaun Pelajaran:

  • Pesara menerima Pencen Hilang Upaya pada kadar tetap Susunan 2 PPAT 82.
  • Anak itu telah mencapai umur 6 tahun.
  • Di dalam hal keadaan keluarga memerlukan.
  • Majlis Angkatan Tentera (MAT) berpuashati bahawa pelajaran akan memanfaatkan anak itu.
  • Bagi anak yang berumur melebihi 21 tahun dan mendapat faedah pelajaran tinggi, MAT boleh meluluskan amaun yang lebih tinggi.
  • Elaun ini akan terhenti apabila pesara meninggal dunia.

Tentang Elaun Pelajaran

  • Jika pesara menerima Pencen Hilangupaya pada kadar tetap Susunan 2 anak beliau boleh diberi elaun pelajaran sebanyak tidak lebih daripada RM685.00 setahun.

Berapakah nilai Elaun Pelajaran yang akan dibayar?

Kadar elaun akan ditentukan oleh MAT tetapi tidak lebih daripada RM685.00 setahun.

Kadar Maksima – Elaun Pelajaran RM 685.00 Setahun Sekali.

Kadar Elaun Pelajaran Yang Diluluskan Oleh MAT Ke 400 Bersidang Pada 16 Nov 2002

a)

Tadika (6tahun) Hingga Darjah 3

RM 200.00

b)

Darjah  4 Hingga Darjah 6

RM 350.00

c)

Tingkatan 1 Hingga Tingkatan 5

RM 500.00

d)

Tingkatan 6   Hingga Universiti

RM 685.00

Bilakah Elaun Pelajaran dibayar?

Elaun Pelajaran dibayar secara tahunan.

Cara pembayaran Elaun Pelajaran

Elaun Pelajaran akan dikreditkan terus ke akaun bank pesara.


Bagaimana untuk memohon?

Lihat Tanggungjawab Dokumentasi Persaraan Anggota.


Dapatkan bantuan!

Perhatian! Urusan permohonan pencen dan ganjaran adalah di bawah pentadbiran Jabatan Arah Rekod dan Pencen, Markas Angkatan Tentera. Anda boleh berhubung terus dengan Jabatan Arah Rekod dan Pencen di alamat yang berikut:

Alamat:
Jabatan Arah Rekod dan Pencen
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
No telefon:
03-2071 5731

Soalan Lazim

[Maklumat sedang dikemaskini]


Maklumat tambahan

[Maklumat sedang dikemaskini]